Saturday, July 11, 2015

Tahaluf siasi PAS dengan DAP terbatal



Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh
KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS memutuskan bahawa hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal, tetapi kekal dengan PKR.
Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, berkata PAS istiqamah dengan prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua yang menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum.
Justeru, PAS konsisten meneruskan hubungan dengan semua pihak menerusi hubungan tahaluf siasi bersama parti politik dan NGO bukan Islam tetapi pada masa sama PAS tetap teguh berpegang dengan dasar Islam ketika berhubung dengan semua pihak.
"Namun Majlis Syura Ulama kesal dengan tindakan-tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama pakatan rakyat, serta campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, keputusan itu diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan mengikut kesesuaian dan keperluan politik semasa.

No comments:

Post a Comment