Monday, August 31, 2015

Claire sertai Bersih 4.0 di London

Claire sertai Bersih 4.0 di London
Claire Rewcastle-Brown menyertai perhimpunan Bersih 4.0 di London, Britain.
LONDON - BRITAIN. Pengasas portal berita Sarawak Report, Claire Rewcastle-Brown dilihat memberi ucapan dalam sebuah perhimpunan Bersih 4.0 di London, semalam.
 
Melalui beberapa rakaman di YouTube, Claire mengulangi dakwaan dan tuduhan beliau terhadap Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Antara isu yang disentuh adalah berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma politik RM 2.6 bilion yang diberikan kepada Perdana Menteri.
 
Claire juga mendakwa akan ada lagi isu yang akan beliau dedahkan.
 
"Saya akan membuat yang terbaik untuk menyokong anda (peserta perhimpunan) yang hebat, negara (Malaysia) yang hebat dan anda semua mempunyai masa depan yang cerah," kata Claire dalam salah sebuah rakaman video berkenaan.
 
Difahamkan, hampir 1,000 peserta hadir ke perhimpunan bersih di London semalam.
 
Beliau juga muncul dalam sebuah temuramah bersama Sky News UK, hari yang sama.
 
 
Sky News juga memainkan beberapa rakaman mengenai perjalanan aktiviti perhimpunan Bersih 4.0 di Kuala Lumpur yang bermula semalam.

No comments:

Post a Comment