Saturday, August 1, 2015

Pemuda Umno Johor Nafi Dua AJK Letak Jawatan


Diterbitkan: Jumaat, 31 Julai 2015 9:49 PM
Hahasrin Hashim.

JOHOR BARU: Pemuda Umno Johor menafikan laporan mengenai perletakan jawatan dua ahli jawatankuasanya bagi bahagian Tenggara.
Ketua pemuda, Hahasrin Hashim berkata, beliau telah bercakap dengan Asrul Esreen Mohd Salleh dan Saiful Zakry Ripin, dan kedua-dua mereka menafikan keluar dari parti.
"Jika kedua-dua mereka menafikannya, saya akan menerima surat perletakan jawatan tetapi setakat ini belum ada," katanya kepada The Star ketika dihubungi di sini, Jumaat.
Hahasrin berkata, beliau menyifatkan laporan berhubung dakwaan perletakan jawatan itu sebagai cubaan untuk mencetuskan kekeliruan di kalangan anggota parti di sini.
Tambahnya, sayap Pemuda Umno negeri telah mengadakan mesyuarat baru-baru ini dan kesemu pemimpin bersetuju bahawa ia adalah kuasa prerogatif perdana menteri untuk memilih barisan Kabinet.
"Kita bersetuju, bagaimanapun, dengan kenyataan daripada Menteri Besar Johor bahawa ahli dari peringkat akar umbi dialu-alukan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.
"Tambahan pula, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih lagi merupakan timbalan presiden parti dan beliau dialu-alukan untuk merasmikan mesyuarat peringkat bahagian di Johor," katanya.
Hahasrin mengulangi pendirian bahawa sayap Pemuda Umno negeri sentiasa menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

No comments:

Post a Comment