Friday, November 13, 2015

PM setuju beri keterangan




JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yakin mampu melengkapkan kertas siasatan kes SRC International Sdn. Bhd. dan dana RM2.6 bilion selewat-lewatnya akhir tahun ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar kecil) telah bersetuju untuk diambil keterangan berhubung siasatan tersebut.
"SPRM telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri dan Perdana Menteri sendiri telah bersetuju untuk memberi penjelasan berhubung isu yang berkaitan dengan siasatan namun kami masih menunggu tarikh yang sesuai.
"Siasatan mengambil masa lama berikutan saksi penting iaitu dua Pengarah SRC International masih berada di luar negara selain kebanyakan transaksi yang berlaku di luar negara dan memerlukan proses Mutual Legal Assistance (MLA)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM di Kompleks SPRM di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1113&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3rK0sopYn 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment