Monday, October 27, 2014

Larangan Tukang Masak Asing Di P.Pinang Bukan Diskriminasi - Guan Eng


Diterbitkan: Isnin, 27 Oktober 2014 9:48 AM
Lim Guan Eng

PETALING JAYA: Kehebatan rasa makanan di Pulau Pinang adalah alasan kukuh untuk negeri itu berusaha melakukan apa yang termampu bagi melindunginya, walaupun terpaksa mengambil langkah-langkah yang sukar, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, Ahli Parlimen Bagan (DAP) itu berpendapat bahawa melarang warga asing daripada menjadi ketua atau ketua tukang masak untuk makanan tempatan Pulau Pinang pada tahun 2016 bukanlah diskriminatif.

"Bagaimana keputusan ini boleh menjadi tidak demokratik atau diskriminasi apabila ia bertujuan untuk melindungi keunikan makanan Pulau Pinang, gerai-gerai kecil harus dioperasikan oleh pemilik dan pekerja asing boleh membantu penjaja dalam tugas-tugas lain?" kata Guang Eng sebagai respons terhadap kritikan terhadap pentadbirannya berhubung langkah terbaharu untuk melindungi apa yang dianggap sebagai aset budaya di negeri ini.

Beliau berpendapat bahawa kelaziman pekerja asing yang tidak cekap tidak boleh diserahkan kepada kuasa pasaran, memandangkan makanan penjaja adalah salah satu daripada tarikan utama di Pulau Pinang.

"Tidak seperti bandar-bandar lain, pelancong datang ke Pulau Pinang untuk makanan, dan kerajaan negeri tidak akan mengambil risiko terhadap industri pelancongan kita dengan membenarkan pekerja asing yang acuh tak acuh membahayakan penjenamaan makanan jalanan yang lazat Pulau Pinang," kata Guan Eng.

Guan Eng bagaimanapun menjelaskan bahawa keputusan itu tidak menghalang rakyat Malaysia dari negeri lain untuk mendapatkan lesen penjaja di negeri ini.

"Jika kita inginkan rasa yang unik dan kualiti makanan Pulau Pinang bertaraf dunia dikekalkan, kita harus bermula sekarang untuk memastikan bahawa rakyat Malaysia harus mengambil alih tugas sebagai tukang masak, dan tidak melalui pergantungan kepada pekerja asing, yang mana kepakarannya akan hilang apabila mereka pulang ke rumah," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri cukup gembira apabila web panduan pelancongan terkemuka, TripAdvisor, meletakkan Pulau Pinang sebagai pulau di Malaysia yang paling murah di Asia Tenggara.

Penubuhan JIPS: Bukit Aman Digesa Periksa Pegawai Atasan Terlebih Dahulu


Diterbitkan: Isnin, 27 Oktober 2014 10:13 AM

PETALING JAYA: Pembentukan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman (JIPS) dilihat sebagai satu langkah yang baik.

Penjawat awam, Zakiah Ahmad, 32, berkata ketika ia dianggap satu idea yang mulia, pihak polis perlu mula menyaring pegawai kanan mereka terlebih dahulu bagi membuktikan bahawa jabatan itu benar-benar bertanggungjawab.

"Saya suka dengan idea untuk membasmi rasuah dan salah laku dalam pasukan, dan saya juga percaya bahawa JIPS boleh melakukan perubahan jika ia dijalankan dengan betul dan telus.

"JIPS harus bermula dengan membuat pemeriksaan secara rawak ke atas pegawai-pegawai kanan dahulu," katanya.

Pengamal media P. Priyya, 47, turut menyambut baik usaha itu tetapi mempersoalkan bagaimana Ujian integriti akan dilakukan.

"Keprihatinan utama saya adalah, adakah ada orang yang berani untuk melakukan pemeriksaan rawak terhadap pihak atasan mereka?

"Saya rasa terdapat keperluan untuk sebuah badan yang bebas melakukan siasatan bagi memastikan integriti polis," katanya.

Turut bersetuju, jurutera Eugene Ong, 29, yang berkata pihak bebas diperlukan untuk menjamin bahawa perlanggaran salah laku di antara anggota polis dapat dibanteras.

"JIPS melaporkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Saya tertarik untuk mengetahui bagaimana mereka akan memastikan bahawa semua orang dalam pasukan polis, termasuk Ketua Polis Negara, akan diteliti atau diperiksa.

"Jika ada sebuah Suruhanjaya Bebas, sekurang-kurangnya kita tahu mereka tidak akan mempunyai apa-apa kepentingan dalam melindungi pegawai tertentu," katanya.

Bekas penjawat awam Baharuddin Mohd Zain, 59, berkata statistik perlu diumumkan kepada orang ramai untuk membuktikan keberkesanan jabatan.

"Pegawai-pegawai JIPS juga harus diberikan kuasa khas untuk mengenal pasti 'anggota bermasalah' dalam pasukan tanpa perlu menghadapi konsekuensi akibat pendedahan yang dilakukan oleh mereka.

"Tidak ada gunanya membentuk jabatan jika pegawai atasan terkecuali daripada semua pemeriksaan rawak," katanya.

Isnin lalu, satu pertemuan antara Ketua Polis Negara, JIPS dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diadakan di Bukit Aman bagi membincangkan bagaimana
untuk membanteras isu-isu seperti salah laku dan rasuah dalam pasukan itu.

Laporan Bumi Dilanda Ribut Solar Palsu


Diterbitkan: Isnin, 27 Oktober 2014 12:00 PM
Imej yang disediakan Nasa pada September 2014 menunjukkan ada tanda percikan solar yang berkait dengan kejadian ribut solar.

PETALING JAYA: Laporan sebuah portal dalam talian bahawa bumi akan berada dalam kegelapan dari 21-23 Disember kerana ribut solar adalah satu penipuan, menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan, Isnin.

"Artikel tersebut memetik Presiden Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Charles Bolden yang menurut portal itu berita itu terdapat di laman web agensi ruang angkasa tersebut.

"Bagaimanapun, tidak ada berita seperti di laman web NASA. Sumber-sumber lain yang dipetik dalam cerita itu juga tidak dapat ditemui, justeru membuktikan berita itu palsu," kata Angkasa.

Menurut portal berita itu, Nasa didakwa mengesahkan bahawa akan berlaku keadaan gelap sepenuhnya selama tiga hari pada tahun ini disebabkan oleh ribut solar.

Angkasa, dalam satu kenyataan berkata ribut solar tidak akan menyebabkan bumi gelap.

"Bumi dilindungi oleh lapisan magnet (magnetosfera), yang menyebabkan ribut solar dipesongkan. Ribut itu menjadi lemah sebelum memasuki bumi.

"Apabila sisa ribut memasuki bumi, ia dilepaskan sebagai aurora di hemisfera selatan dan utara," katanya.

Angkasa juga berkata penipuan ini telah terjadi sejak sekitar 2012 dan portal tersebut juga menyebarkan khabar angin bahawa kiamat akan berlaku pada Disember 2012.

Harap Tekanan Untuk Bebaskan Anwar Tak Benar - Saiful Bukhari


Diterbitkan: Isnin, 27 Oktober 2014 12:10 PM
Mohd Saiful Bukhari Azlan

KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan berharap pendengaran rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan berhubung aduan kes liwat terhadapnya tidak dipengaruhi oleh tekanan pihak luar.

Bagaimanapun bekas pembantu peribadi ketua pembangkang itu berkata, beliau yakin mahkamah tertinggi itu akan membuat keputusan dengan adil berdasarkan bukti yang dikemukakan.

"Sebagai pengadu dan rakyat kecil, saya berkeyakinan penuh bahawa Mahkamah Persekutuan akan mendengar lalu memutuskan kes ini dengan seadil-adilnya mengikut undang-undang, bukti dan semua keterangan sepanjang perbicaraan.

"Saya berdoa agar segala pengaruh mahupun tekanan dari pihak tertuduh, pihak luar, juga anasir politik yang cuba mempengaruhi (keputusan) agar beliau dibebaskan adalah suatu yang tidak benar," katanya di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan yang dimuat naik di blognya, www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com.

Pada Selasa dan Rabu ini, Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan terakhir Anwar berhubung kes liwat keduaanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sebelum ini disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu selepas mendapatinya bersalah meliwat Mohd Saiful.

Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mengulas lanjut Mohd Saiful berkata, beliau sudah bersedia menghadapi sebarang keputusan berhubung kesnya itu.

"Sudah menjadi kebiasaan bagi diri saya dalam menghadapi sesuatu perkara untuk siapkan diri berhadapan dengan senario paling teruk.

"Yang pasti, jika ditakdirkan keputusan nanti tidak berpihak kepada saya, saya akan tetap Istiqamah dengan kebenaran ini walau betapa perit sekalipun untuk ditanggung, kerana saya yakin bahawa Allah SWT tidak akan menzalimi hambaNya yang tegakkan kebenaran," katanya.

Rakyat Ukraine keluar mengundi Ahad depan


Kakitangan suruhanjaya pilihan raya daerah menyediakan peti undi menjelang pilihan raya Parlimen minggu depan. - Foto: AFP
Kakitangan suruhanjaya pilihan raya daerah menyediakan peti undi menjelang pilihan raya Parlimen minggu depan. - Foto: AFP
KIEV - UKRAINE. Kira-kira 36 juta pengundi di Ukraine akan keluar mengundi Ahad depan untuk memilih Parlimen sekali gus mengukuhkan lagi mandat Presiden Petro Poroshenko untuk menamatkan konflik pemisah di timur negara itu.

Parti Poroshenko dan kumpulan politik pro Barat lain diramalkan akan meraih kemenangan mudah dengan majoriti 450 kerusi di Parlimen.

Bagaimanapun, pemerhati meragui kerajaan baharu yang dijangka dibentuk awal minggu depan berupaya melakukan banyak perkara untuk mengakhiri pertempuran di timur negara terbabit.

Difahamkan, secara keseluruhan 36 juta rakyat Ukraine layak mengundi. Namun, pengundian terhad kepada kawasan dikawal kerajaan di mana sejumlah 3 juta penduduk yang tinggal di timur daerah Donetsk dan Luhansk tidak mengambil bahagian dalam laporan dpa.

Parti pro-Eropah menang dalam pilihan raya Ukraine

MOSCOW: Timbalan Menteri Luar Russia Grigory Karasin berkata pilihan raya Parlimen di Ukraine boleh membuka ruang untuk keamanan di kawasan timur negara berkenaan.
Namun laporan agensi berita RIA melaporkan, beliau memberi amaran bahawa kewujudan golongan 'nasionalis' boleh menggugat proses berkenaan.
Keputusan awal menunjukkan parti pro-Eropah memperoleh kemenangan jelas dalam pilihan raya di Ukraine itu, yang pertama diadakan sejak bantahan di jalan raya yang menyingkir pemimpin pro-Russia, Viktor Yanukovich, awal tahun ini.
"Parti yang menyokong penyelesaian krisis dalaman Ukraine dengan secara aman menang majoriti.
"Ini memberi mereka peluang baharu untuk kembali kepada perjanjian yang dibuat di Minsk," kata Karasin, merujuk kepada perjanjian yang dibuat oleh Kiev, Moscow dan pemisah pro-Russia di timur Ukraine.
Presiden Ukraine Petro Poroshenko yang pro-Barat menyambut baik keputusan pilihan raya itu dan menyifatkannya sebagai sokongan popular bagi perancangannya untuk menamatkan pemberontakan pro-Russia di timur dan meneruskan langkah pembaharuan. - REUTERS

Anak cergas kerana ayahnya soleh


http://detikislam.blogspot.com | .
AL HAFIDZ AHMAD BIN SHIDDIQ AL Ghumari ketika menuntut ilmu di Al Azhar, dia cepat memahami kitab-kitab yang dia baca di hadapan para gurunya. Sehingga dalam waktu singkat dia sudah mengkaji kitab-kitab tahap tinggi.

Pada suatu hari ketika Syeikh Muhammad Imam Saqqa yang ketika itu memegang jawatan sebagai imam masjid Al Azhar mengatakan kepada Syeikh Ahmad bin Shiddq Al Ghumari, "Ayahmu pasti seorang lelaki yang soleh. Yang berlaku padamu ini adalah keberkatannya tanpa diragukan. Sesungguhnya kami tidak mengetahui ada yang mampu untuk belajar dengan secepat ini.

Sesungguhnya penuntut ilmu yang ada pada kami tidak akan menghadiri kajian Al Asymuni atau As Shaban, kecuali setelah mempelajari nahu selama 6 tahun serta telah membaca Al Ajrumiyah dan Al qathr serta mengulanginya. Sedangkan engkau mengambil masa hanya tiga bulan ". (Bahr Al amiq, 1/60-61)

* Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber www.hidayatullah.com

Faktor mudah boleh bangun berqiyamullail


http://mahatera.blogspot.com | .
Faktor yang memudahkan seseorang itu boleh bangun untuk berqiyamullail

Menurut Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, terdapat beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam seperti di bawah ini:

1. Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan yang dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.

2. Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah SWT menjemputnya untuk bangun di tengah malam.

3. Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan.

4. Memerhati kepada kesungguhan individu-individu terdahulu daripada kita yang istiqamah dan iltizam melakukan qiyamullail khususnya para solihin di kalngan para sahabat dan ulama.

5. Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu boleh bangun di tengah malam seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

6. Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan oleh Rasulullah: “Apabila anda hendak masuk tidur, berwuduklah seperti untuk menunaikan solat.” Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada al-Barra Bin Azib.

7. Bersegera masuk tidur (tidur di awal waktu) terutama lepas solat Isyak seperti amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

8. Berzikir dengan wirid-wirid yang Ma’thur seperti Ma’thurat sebelum tidur, kerana ia menjadi benteng diri daripada kejahatan Syaitan dan membantu untuk mudah bangun, atau ayat-ayat pilihan dari al-Quran, baca doa tidur, membaca tiga Qul dan sebagainya.

9. Seboleh-bolehnya tidur sebentar di siang hari yang dikenali sebagai ‘Qailulah’, iaitu sebelum masuk waktu Zohor atau selepasnya, ala kadar setengah jam.

10. Elak daripada banyak makan dan minum, kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.

11. Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa jua keadaan.

12. Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal-pasti sebagai penghalang pertama dan utama dari mudah untuk bangun di tengah malam.

13. Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.

Ketahuilah wahai saudara-saudaraku sekelian!

Qiyamullail adalah ibadat yang menghubungkan hati kita dengan Allah selain ia adalah sunnah muakkadah yang sangat dianjurkan oleh Nabi s.a.w.

Baginda bersabda, (maksudnya): “Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kepada orang-orang soleh sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan kamu, ia juga penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi)

Rasulullah tidur di depan pintu


http://detikislam.blogspot.com | .

AISYAH RA mengerti betul keperibadian suaminya, Rasulullah SAW. Hidup dalam suasana keluarga memberinya kenangan indah yang kaya dari sikap keseharian utusan Allah itu. Nabi tidak pernah mengeluh walaupun hidup serba kekurangan. Hatinya sangat lapang.

Pernah Nabi tidak menjamah makanan apapun untuk sarapan di meja dapur Banginda. Seketika Nabi berniat puasa untuk hari itu. Begitulah. Rasulullah tidak ingin menjadi beban orang lain, termasuk keluarganya sendiri. Nabi bahkan selalu memanggil Aisyah dengan sapaan mesra "ya humaira" (wahai pemilik pipi kemerah-merahan).

Pengalaman lain yang tetap membekas di hati Aisyah adalah "peristiwa di awal pagi".

Suatu hari Aisyah dicengkam rasa bimbang. Hingga menjelang subuh dia mendapati Baginda tidak tidur di sebelahnya.

Dengan gelisah Aisyah pun cuba berjalan keluar. Ketika pintu dibuka, Aisyah terkejut. Rasulullah sedang tidur di depan pintu.

"Mengapa Nabi tidur di sini?" tanya Aisyah.

"Aku pulang larut malam. Kerana bimbang mengganggu tidurmu, aku tidak sanggup mengetuk pintu. Itulah sebabnya aku tidur di depan pintu," jawab Nabi.

Dengan demikian, tidak pelik, setiap kali Aisyah ditanya soal keperibadian Nabi, beliau selalu menjawab tegas, kana khuluquhu al-Qur'an. Akhlaknya tak ubahnya al-Qur'an! Subhanallah!

Harga minyak: 17 kali naik, sekali turun


NIK NASRI NIK MALEK | .
Ayat al-Quran di antaranya menegaskan tentang keadilan pemerintah. Adil bererti meletakkan sesuatu di tempatnya.

Hadis Nabi pula di antaranya menekankan sumber dan hasil negara yang diurus dengan baik. Sirah perjalanan Nabi SAW dan para khulafa ar-Rasyidin dipenuhi dengan pemerintahan yang sangat mesra rakyat dalam pelbagai sudut.

Kaedah fiqh pula menyebut ‘tindak-tanduk pemerintah dikaitkan dengan kepentingan rakyat’.

Namun, pemerintahan BN berlandaskan apa? Al-Quran? jauh rasanya. Hadis Nabi SAW? Tak juga. Sirah perjalanan Nabi dan khulafa ar-Rasyidin? Tak nampak jalan juga.

Hakikatnya kerajaan BN terus gagal dalam sejarah pemerintahannya mengurus segala sumber asli dan lain-lain nikmat yang Allah berikan untuk kepentingan rakyat teramai.

Saya bukan ahli ekonomi, namun petunjuk dari al-Quran dan Hadis yang menjadi panduan buat seorang yang mengaku Islam nampaknya tidak diikuti dalam menguruskan ekonomi negara, termasuk dalam isu subsidi petrol dan diesel yang dikurangkan kelmarin, sekaligus menjadikan kos hidup dan pelbagai kos lain meningkat dan akan meningkat.

Ada orang yang membuat analisis kronologi harga minyak di Malaysia sebelum tahun 1990 (RM0.89 seliter) hingga 2 Okt 2014 (RM2.30 seliter).

Ia mengalami 17 kali kenaikan dan hanya sekali penurunan. Yang lawaknya pula ialah di saat dunia luar memperkatakan tentang harga minyak yang jatuh, tetiba dalam negara tumpah tanahnya darahku ini, subsidi petrol dan diesel dikurangkan atas nama rasionalisasi yang tak berapa nampak rasional.

Bagi yang berpendapatan tinggi, bergaji mahal, barang kali boleh absorb kesan pengurangan subsidi ini.

Namun bagi mereka yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan malam, ia hanya menambahkan sengsara hidup mereka.

BR1M hanyalah seperti panadol buat menghilangkan sakit kepala rakyat buat sementara.  Negara tanah tumpahnya darahku ini sudah bertukar tema: ‘negara tanah naiknya darahku’.

KRONOLOGI HARGA MINYAK MALAYSIA

Sebelum 1990 – RM0.89
Tahun 1990 – RM1.10 (kenaikan RM0.21)
01/10/2000 – RM1.20 (kenaikan RM0.10)
20/10/2001 – RM1.30 (kenaikan RM0.10)
01/05/2002 – RM1.32 (kenaikan RM0.02)
31/10/2002 – RM1.33 (kenaikan RM0.01)
01/03/2003 – RM1.35 (kenaikan RM0.02)
01/05/2004 – RM1.37 (kenaikan RM0.02)
01/10/2004 – RM1.42 (kenaikan RM0.05)
05/05/2005 – RM1.52 (kenaikanRM 0.10)
31/07/2005 – RM1.62 (kenaikan RM0.10)
28/02/2006 – RM1.92 (kenaikan RM0.30)
04/06/2008 – RM2.70 (kenaikan RM0.78)
01/09/2009 – RM1.80 (TURUN RM0.90)
16/07/2010 – RM1.85 (kenaikan RM0.05)
04/12/2010 – RM1.90 (kenaikan RM0.05)
03/09/2013 – RM2.10 (kenaikan RM0.20)
02/10/2014 – RM2.30 (kenaikan RM0.20)

Berita luar negara mengenai harga minyak (ketika harga minyak mula naik di Malaysia malam semalam):

1) Kejatuhan harga minyak baik untuk pemandu – Telegraph UK

2) Harga minyak dijangka turun pada paras plg rendah dlm lingkungan suku tahun sejak 2012 – Bloomberg

3) Harga minyak mentah jatuh teruk dalam tempoh 4 tahun – Wall Street

4) Menteri minyak risau harga minyak yang rendah akan mengurangkan pelaburan – Reuters UK

5) Harga minyak jatuh teruk kerana lebihan penawaran – The Globe and Mail

6) Saham tenaga jatuh kerana harga minyak turun – Edmonton Journal

7) Bank Negara Rusia bersedia dengan keadaan harga minyak yang dijangka turun – Daily Mail

8) Harga minyak turun dan ekonomi dunia semakin mapan – Business Week

Cara kesan CCTV di hotel


http://btmmari.blogspot.com | .
1) Sebelum masuk tandas atau bilik persalinan sila bawa handphone yang ada aplikasi bluetooth.

2) Turn ON bluetooth dan 'search device' yang ada. Jika anda tidak faham bagaimana nak cari 'device', anda cuba 'send' gambar @ 'lagu' kepada kawan anda. Kemudian tekan via bluetooth dan anda boleh nampak 'device' yang ada di dalam bilik itu.

3) Jika anda jumpa 'device' yang namanya “WDX 2201, CAM 122″ atau apa-apa nama yang anda rasa sangat pelik bunyinya, sebaik-baiknya batalkan hajat anda untuk salin pakaian kerana berkemungkinan besar terdapat wireless CCTV.

Kenapa mesti kesan guna bluetooth handphone??

Sebabnya CCTV yang dipasang ialah jenis tanpa wayar yang digunakan secara ber’bluetooth’.

Kronologi peristiwa kes liwat kedua Anwar


BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi peristiwa berkaitan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 28 Jun, 2008 : Bekas pembantu Anwar, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, membuat laporan polis mendakwa Anwar telah meliwatnya di sebuah kondominium di Damansara. Laporan itu dibuat dua hari selepas dakwaan insiden liwat itu.

Pada 30 Jun, 2008 : Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Mohd Saiful, yang membuat laporan polis ke atasnya bagi tuduhan liwat, dengan mendakwa laporan itu palsu dan berniat jahat.

Pada 7 Ogos, 2008 : Anwar, 60, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Hakim S.M. Komathy Suppiah membenarkan Anwar dibebaskan dengan bon peribadi RM20,000 tanpa penjamin.

On Nov 7, 2008 : Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah memutuskan supaya kes liwat Anwar dibicarakan di Mahkamah Sesyen selepas mendapati sijil untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi, yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, tidak sah.

Dalam menolak permohonan pendakwaan (supaya kes itu dipindahkan ke mahkamah Tinggi), Komathy berkata sijil itu bercanggah dengan jangkaan perundangan Anwar bahawa Abdul Gani tidak akan terlibat dalam kes itu.

Pada 5 Mac, 2009 : Mahkamah Tinggi memutuskan kes liwat itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi dan bukannya di Mahkamah Sesyen.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu ekoran permohonan pihak pendakwaan supaya dikaji semula keputusan Mahkamah Sesyen mengekalkan perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen.

Beliau berkata Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah telah terkhilaf dalam memutuskan bahawa sijil pemindahan kes itu, yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, tidak sah.

Pada 6 Mac, 2009 : Anwar memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi supaya kes liwatnya didengar di Mahkamah Tinggi.

Pada 10 Mac, 2009 : Mahkamah Tinggi menetapkan 1-24 Julai sebagai tarikh perbicaraan kes liwat itu.

Pada 17 Jun, 2009 : Anwar telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan pertuduhan liwat beliau di Mahkamah Tinggi.

Pada 6 Nov, 2009 : Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen penting dan sampel DNA yang didakwanya amat penting untuk pembelaannya dalam perbicaraan bagi pertuduhan liwat yang dihadapinya.

Antara dokumen penting itu ialah kenyataan yang direkodkan daripada saksi iaitu Mohd Saiful, Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, pemilik kondominium Hassanuddin Abdul Hamid, kenyataan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur, nota ahli kimia dan laporan perubatan.

Pada 1 Dis, 2009 : Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa ia tidak boleh membatalkan pertuduhan meliwat terhadap Anwar hanya berdasarkan laporan perubatan yang menyatakan ketiadaan penetrasi.

Semasa menolak permohonan Anwar untuk mengetepikan pertuduhan liwatnya, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata laporan perubatan tidak boleh dijadikan asas untuk mahkamah menggunakan kuasa untuk membatalkan pertuduhan itu.

Pada 3 Feb, 2010 : Perbicaraan kes liwat Anwar dimulakan dengan Mohd Saiful memberi keterangan sebagai saksi pertama. Perbicaraan itu, di hadapan Hakim Mohamad Zabidin, bermula selepas 18 bulan Anwar dituduh pada Ogos 2008.

Dalam keterangannya, Mohd Saiful memberitahu bahawa Anwar, yang didakwa meliwatnya, telah mengajaknya untuk melakukan hubungan seks di luar tabii.

Mohd Saiful berkata insident itu berlaku pada 26 Jun, 2008 selepas beliau dan Anwar selesai berbincang mengenai jadual kerja di sebuah unit kondominium Desa Damansara di sini.

Pada 5 Feb, 2010 : Mohd Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak membuang air besar selama dua hari selepas diliwat oleh Anwar. Beliau juga memberi keterangan bahawa seluar yang dipakainya pada hari insiden itu berlaku adalah hadiah daripada Anwar.

Pada 9 Feb, 2010 : Perbicaraan kes liwat itu ditangguhkan sekali lagi bagi membolehkan pihak pembelaan memfailkan maklum balas kepada afidavit jawapan terhadap permohonan Anwar supaya hakim menarik diri.

Ia ditangguhkan selepas pembelaan memohon supaya Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar kes itu dengan alasan beliau bertindak bereat sebelah.

Pada 18 Feb, 2010 : Anwar gagal dalam cubaannya untuk meminta Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes liwatnya.

Hakim Mohamad Zabidin, semasa menolak permohonan itu, memutuskan bahawa tidak ada sebab beliau perlu menarik diri daripada menghakimi kes itu, dan jika beliau berbuat demikian, ia seperti melarikan diri daripada tanggungjawabnya.

On 25 Feb, 2010 : Anwar gagal dalam cubaannya untuk mendapatkan dokumen-dokumen penting termasuk contoh spesimen DNA Mohd Saiful sebelum bermulanya perbicaraan kes liwatnya, selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya.

Pada 3 Mac, 2010 : Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Anwar, Karpal Singh, Mohd Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak membasuh duburnya selepas insiden liwat yang didakwa berlaku pada 26 Jun, 2008 kerana beliau mahu "simpan bukti".

Mohd Saiful, saksi utama terhadap kes liwat ketua pembangkang itu, juga memberitahu bahawa beliau tidak mandi selepas insiden itu sebaliknya hanya menyiram tubuhnya.

Beliau mandi pada pagi sebelum insiden itu berlaku, katanya.

Pada 16 Ogos, 2010 : Anwar gagal dalam cubaan keduanya untuk menggugurkan pertuduhan liwat terhadap dirinya selepas permohonannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi.

Dalam usahanya menggugurkan pertuduhan itu, Anwar mendakwa integriti dan kesaksamaan keseluruhan pasukan pendakwaan adalah dicurigai berikutan dakwaan wujudnya hubungan antara Mohd Saiful dengan seorang daripada anggota pendakwaan.

Pada 20 Sept, 2010 : Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar untuk membatalkan pertuduhan liwatnya kerana ia tidak ada bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan perkara berkenaan. -Bernama

Minyak naik: Rakyat tidak bangkit jika tiada maklumat


MUHAMMAD FAIZAL | .

SEREMBAN: Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abd Ghani berkata mendekati rakyat secara bersemuka dan kempen secara berterusan akan memberi kefahaman kepada rakyat mengenai isu kenaikan harga minyak dan barangan.

Sehubungan itu, beliau menyambut baik Jelajah Penerangan‎ Rakyat Protes anjuran Pemuda PAS Malaysia di Negeri Sembilan hari ini sebagai satu usaha menyampaikan maklumat yang berkesan kepada rakyat.

"Bagi saya rakyat tidak akan bangkit selagi mereka tidak ada maklumat atau difahamkan dengan isu yang sebenar terutamanya soal kenaikan harga minyak dan barang.

"Mendekati dan kempen secara berterusan merupakan kaedah terbaik untuk pemahaman yang lebih kepada rakyat," katanya ketika ditemui di Terminal One di sini tengah hari tadi.

Kata beliau, rakyat di negara-negara luar seperti Indonesia dan Thailand amat berbeza berbanding Malaysia apabila mereka bangkit dan mendesak kerajaan.‎

"Berbeza dengan Malaysia bila kenaikan harga minyak dan barang ini seolah-olh tidak memberi kesan kepada rakyak.

"Saya merasakan keadaan ini disebabkan kerana rakyat tidak mendapat maklumat yang tepat dari media arus perdana, yang cuba memutar belit dan mengelirukan isu ini.

"Kaedah yang kita gunakan adalah yang terbaik untuk kita berhujah berdasarkan fakta dan akhirnya akan memberi kesan kepada rakyat," sambung beliau lagi.‎

Tambah beliau, PAS negeri akan memastikan Lajnah Penerangan dan Pengguna mengambil pendekatan ini untuk digerakkan di peringkat negeri.‎

‎"Saya juga akan mengarahkan mewujudkan pertubuhan bukan kerajaan atau NGO di peringkat negeri seperti pengguna atau yang berkaitan dengan isu ini.

"‎Selain bergerak atas dasar politik, NGO juga dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam menyedarkan rakyat," katanya lagi.

‎Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Norazman Muhammad yang turut sama dalam jelajah tersebut yakin kempen kali ini bukan kepada golongan tertentu sahaja tetapi  seluruh rakyat yang merasa keperitan ekoran kenaikan harga minyak.

"Kita harap rakyat akan menyambut baik kempen ini, cuma penerimaan mereka mungkin dalam bentuk berbeza.

"Apa yang kita inginkan adalah meminta mereka terjemah dalam bentuk undi pada pilihan raya akan datang," katanya.

Beliau yang turut berterima kasih kepada PAS Pusat atas usaha memberi penerangan berkonsep 'hit n run'‎ dalam menyampaikan maklumat.

"Sekarang menjadi tanggungjawb kami untuk turun ke kawasan-kawasan bagi memberi penerangan secara rasmi atau tidak.‎

‎"Kita yakin kempen ini akan berjaya mendapat sokongan dari seluruh rakyat, kempen ini akan diteruskan selagi mana kerajaan gagal menurunkan harga minyak," ujar beliau.
‎‎
Jelajah Penerangan Rakyat Protes peringkat Negeri Sembilan meliputi tiga kawasan bermula di Gemencheh, Rembau dan berakhir di Terminal One, Seremban yang turut dihadiri Pemuda PAS negeri.‎‎ -HARAKAHDAILY 26/10/2014

Media sekular beri gambaran buruk hukum syariat


HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob kesal kerana ada dalam kalangan orang Islam sendiri yang menolak undang-undang syariat.

Memetik laporan Buletin Online, beliau juga melahirkan kekesalan kerana media barat dan media ‘sekular’ tempatan memberikan gambaran buruk tentang undang-undang hudud dan qisas.

Beliau yang juga Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat berkata demikian ketika merasmikan Seminar Penghayatan Hududullah di sebuah hotel di Kuala Terengganu pagi tadi.

Ucapan beliau dibacakan oleh Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Serantau Negeri Kelantan, Datuk Ustaz Nasuruddin Daud.

Bagaimanapun beliau yakin, undang-undang tersebut akan dapat dilaksanakan, walaupun kini terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan.

Katanya, negara Brunei Darussalam dan wilayah Acheh di Indonesia telah pun mula melaksanakan undang-undang Allah itu.

“Walaupun terdapat pelbagai halangan kita percaya satu hari nanti ia akan dapat dilaksanakan. Negara Brunei Darussalam telah pun mengisytiharkan (perlaksanaan undang-undang Islam),” ujarnya pada seminar yang dihadiri kira-kira 600 peserta itu.

Turut menjadi panel yang akan membentangkan kertas dalam seminar tersebut adalah Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Islam Sultan Sharif Brunei, Profesor Dr Abdul Muhaimin Noordin Ayus, Dekan Universiti Islam Negeri Ar-Raniry Aceh, Profesor Dr Alyasa Abu Bakar.

Seminar Penghayatan Hududullah dianjurkan oleh PAS Terengganu bersama dengan beberapa buah badan bukan kerajaan (NGO) Islam bertujuan mengekalkan ingatan dan kesedaran rakyat tentang peranan dan sumbangan kerajaan PAS negeri pada 1999 hingga 2004 dalam pelaksanaan syariat Islam di Terengganu serta memberi kefahaman kepada masyarakat tentang syariat Islam.

Amah kerja di Singapura kurang zat


Singapura: Pembantu rumah warga asing yang mencari rezeki di Singapura dilaporkan tidak mendapat layanan baik dan sering berdepan masalah kekurangan khasiat.
Pertubuhan Kemanusiaan Untuk Ekonomi Migrasi (HOME) berkata, walaupun isu itu sudah berlarutan, dipercayai keadaan tidak menjadi lebih baik.
Pengarah HOME, Valli Pillai berkata, mereka yakin isu itu semakin parah ketika ini.
“Aduan yang kami terima mengenai isu itu meningkat 20 peratus pada tahun lalu berbanding 2012,” katanya.
Ketua Penyelidik Transient Workers Count Too, John Gee berkata, pihaknya sering menerima aduan mengenai pembantu rumah tidak diberi makanan mencukupi.
“Isu itu satu daripada bentuk penderaan, tetapi tidak ketara,” katanya.
Wanita Filipina yang mahu dikenali sebagai Anya berkata, dia mengalami penyusutan berat badan 9 kilogram kepada 47 kilogram selepas dua bulan bekerja di Singapura.
Kata pembantu rumah berusia 29 tahun itu, dia diberi sekeping roti untuk sarapan, sebuku roti atau mi segera untuk makan tengah hari dan nasi dengan sayur untuk makan malam.
Grace Rondon, 28, pula hilang 20 kilogram dalam tempoh enam bulan selepas tiba di Singapura Januari lalu.
“Saya kelaparan dan meminum air untuk mengisi perut,” katanya.-Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Oktober 2014 @ 5:06 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4335#sthash.9dq6FGI0.dpuf

Rakyat Ukraine mengundi

Kiev: Rakyat Ukraine semalam mengundi dalam pilihan raya Parlimen yang dijangka menyokong dasar pembaharuan pro-Barat Presiden Petro Poroshenko dan menguji sokongan terhadap rancangannya berunding dengan pemberontak pro-Russia yang mengancam untuk berpisah dari negara itu.
Golongan pembaharuan dan nasionalis yang menyokong usaha membawa Ukraine keluar dari pengaruh Russia dijangka mendominasi pilihan raya berkenaan.
Pilihan raya mengejut itu diadakan lapan bulan selepas revolusi jalanan menggulingkan presiden yang disokong Moscow, Viktor Yanukovych hingga mencetuskan konflik dengan Russia dan krisis dalam hubungan antara Kremlin dan sekutu Barat Ukraine.
Perang dengan pemberontak pro-Russia di timur negara itu sehingga meragut 3,700 nyawa dan tindakan Russia menguasai Crimea di selatan Ukraine, membayangi pilihan raya berkenaan.
Pengundi di Crimea dan di kawasan dikuasai pemberontak seperti di wilayah Lugansk dan Donetsk, membabitkan lima juta daripada 36.5 juta pengundi, tidak dapat mengundi.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Oktober 2014 @ 5:05 AM


PRESIDEN Poroshenko (tengah) di sebuah pusat mengundi di Kramatorsk, Donetsk, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4330#sthash.XtQeAzFd.dpuf

Liwat: Anwar berdepan empat kemungkinan Mahkamah Persekutuan dengar rayuan tertuduh, pendakwaan esok


KUALA LUMPUR, 18 NOVEMBER 2013 - Ketua Pembangkang yang juga Ahli
KUALA LUMPUR 26 Okt. - Selepas tujuh bulan didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di persimpangan terakhir yang akan menentukan nasibnya.
Dalam prosiding selama dua hari bermula Selasa ini, Mahkamah Persekutuan akan mendengar ra­yuan Ketua Pembangkang itu untuk mengetepikan hukuman dan sa­bitan salah tersebut.
Selain rayuan Anwar, mahkamah akan mendengar rayuan balas pihak pendakwaan yang berusaha untuk menambah hukuman penjara tersebut.
Anwar (gambar), 67, dijatuhi hukuman penjara lima tahun setelah disabit bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 29, oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan itu pada 9 Januari 2012.
Menurut Seksyen 94 (1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964, Mahkamah Persekutuan boleh membuat keputusan serta-merta selepas selesai mendengar rayuan akhir Anwar itu atau menetapkan tarikh baharu untuk berbuat demikian.
Serta-merta atau tidak, Anwar mungkin mengharapkan tuah yang diperoleh pada 2 September 2004 apabila dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan daripada kes liwat pertama akan berulang semula.
Ini kerana, sekiranya Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan, tiada lagi ruang untuk Ahli Parlimen Permatang Pauh itu merayu dan beliau juga terpaksa melepaskan kerusi Parlimen yang disandangnya kini.
Mahkamah Persekutuan boleh sama ada:
l Melepas dan membebaskan Anwar daripada sabitan dan hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya.
l Mengekalkan sabitan dan hukuman.
l Mengekalkan sabitan dan meminda hukuman penjara yang telah dijatuhkan (sama ada mengurangkan atau menambah tempoh pemenjaraan. Tempoh penjara maksimum bagi kesalahan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan ialah penjara 20 tahun dan sebat)
l Mengarahkan kes liwat itu dibicarakan semula.
Bagaimanapun, untuk mengarahkan kes liwat itu kembali dibicarakan di Mahkamah Tinggi bukanlah sesuatu yang mudah walaupun hal ini pernah berlaku dalam beberapa kes yang lain.
Untuk membolehkan sesebuah kes itu dibicarakan semula, Mahkamah Persekutuan perlu memastikan berlaku kesilapan yang sangat teruk dalam mentafsir sesuatu bukti dan kekhilafan dalam beban pembuktian (onus of proof).
Perlu diingatkan bahawa perbicaraan kes itu sendiri sebelum ini telah mengambil masa yang cukup panjang, bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya terpaksa dibicarakan sekali lagi.
Dari tempoh Anwar dituduh hingga hari pertama perbicaraan sahaja sudah mengambil masa hampir dua tahun.
Itu belum lagi ditambah dengan penangguhan demi penangguhan hampir 70 kali sepanjang perbicaraan berjalan atas pelbagai alasan dan permohonan.
Oleh itu, atas apa jua alasan, pendengaran rayuan yang ditetapkan Selasa dan Rabu ini akan memberi kesan kepada semua pihak tidak kira penyokong Anwar atau tidak, mahupun mereka yang langsung tidak ambil kisah mengenainya.
Anwar yang kini diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/liwat-anwar-berdepan-empat-kemungkinan-1.17203#sthash.nJgvQE13.dpuf

Sokongan PM Jepun merosot


TOKYO 26 Okt. – Sokongan rakyat Jepun terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Shinzo Abe (gambar) merosot dalam tempoh sebulan berikutan peletakan jawatan dua menteri Kabinet negara itu minggu lalu, menurut satu tinjauan yang disiarkan, hari ini.
Akhbar Jepun, Yomiuri yang melakukan tinjauan ke atas 1,059 orang responden dengan telefon kelmarin dan semalam mendapati, sokongan kerajaan Abe jatuh kepada 53 peratus daripada 62 peratus dalam tempoh kurang sebulan.
Malah, 37 peratus daripada responden itu mendakwa mereka tidak menyokong kerajaan, meningkat 30 peratus daripada rating undian sebelum ini yang diadakan pada 10 Oktober lalu.
Peletakan jawatan itu juga menyukarkan lagi hasrat kerajaan dalam membuat keputusan dasar tidak popular termasuk sama ada untuk meneruskan langkah menaikkan cukai jualan dan menghidupkan semula reaktor nuklear yang ditutup selepas bencana Fukushima pada 2011. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/sokongan-pm-jepun-merosot-1.17090#sthash.tbNe5PmQ.dpuf

Pilihan raya Parlimen Tunisia dikawal ketat


Pengasas Parti Islam Ennahda, Rached Ghannouchi menunjukkan dakwat
Pengasas Parti Islam Ennahda, Rached Ghannouchi menunjukkan dakwat pada jarinya selepas mengundi pada pilihan raya pertama Parlimen Tunisia selepas revolusi rakyat di sebuah sekolah rendah di Kairouan di pinggir Tunis, semalam. –AFP
TUNIS 26 Okt. – Pasukan keselamatan Tunisia melaksanakan kawalan ketat sempena pengundian pada Pilihan Raya Parlimen negara ini, hari ini untuk mengelak serangan kumpulan pelampau.
Kira-kira 80,000 askar dan polis dikerah ke seluruh negara bagi melindungi pusat pengundian dan pengundi.
Koresponden AFP melaporkan pusat pengundian dibuka pada pukul 7 pagi waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia) menyaksikan berpuluh-puluh pengundi beratur menunggu giliran untuk mengundi di Marseille Street, di sini.
Sehari sebelum hari pengundian, Perdana Menteri, Mehdi Jooma memberi amaran kemungkinan kumpulan pelampau melancarkan serangan bertujuan mengganggu pilihan raya pertama selepas berlaku kebangkitan rakyat yang dikenali sebagai Arab Spring sehingga menggulingkan Presiden, Zine El Abidine Ben Ali.
“Kami tahu kumpulan pelampau akan menyerang kerana ia merupakan satu perkara unik di rantau ini.
“Kami tahu kejayaan pilihan raya ini mengancam mereka, bukan sahaja di Tunisia tetapi negara-negara di rantau ini,’’ katanya.
Polis, kelmarin membunuh enam suspek anggota militan termasuk lima orang wanita dalam satu serbuan di sebuah rumah di pinggir ibu negara ini.
Dalam pada itu, sejumlah parti yang bertanding pada pilihan raya tersebut dipimpin oleh anggota bekas rejim Ben Ali, namun calon-calon mereka cuba mengelak berkempen isu penindasan dan ugutan di bawah bekas Presiden tersebut (Ben Ali).
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pilihan-raya-parlimen-tunisia-dikawal-ketat-1.17083#sthash.FNhSwmhj.dpuf

China pantau bajet ketenteraan


Gambar bertarikh 1 Oktober 2009 menunjukkan antara aset tentera
Gambar bertarikh 1 Oktober 2009 menunjukkan antara aset tentera China yang dipamerkan dalam Hari Kemerdekaan di Beijing. – AFP
BEIJING 26 Okt. – China akan meningkatkan kecekapan perbelanjaan ketenteraan dengan mengetatkan pemantauan ke atas dana yang digunakan, lapor media rasmi, hari ini.
Agensi berita Xinhua melaporkan, di bawah sistem pengurusan berasaskan keputusan yang akan dilaksanakan sepenuhnya pada 2020, individu dan unit tentera perlu meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan.
Xinhua melaporkan, Jabatan Logistik Umum, Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) meluluskan pekeli­ling tersebut.
Ketua jabatan itu, Zhao Keshi berkata, sistem tersebut akan memastikan perbelanjaan ketente­raan efektif untuk meningkatkan kemampuan pertempuran.
“Pekeliling tersebut menyatakan perang moden kini berasasakan perbelanjaan besar. Oleh itu pengurusan kos tentera perlu sentiasa dipentingkan,’’ katanya yang dipetik oleh Xinhua.
Agensi berita tersebut melaporkan sistem itu akan bermula pada tahun ini di ibu pejabat PLA dan pusat kawalan wilayah di lima kawasan termasuk pengurusan fiskal dan hospital tentera.
China pada Mac lalu mengumumkan peruntukan sebanyak 808.23 bilion yuan (RM396 bilion) kepada PLA untuk tahun ini, meningkat sebanyak 12.2 peratus dari tahun lepas.
Pertambahan perbelanjaan ketenteraan Beijing meningkatkan kebimbangan negara-negara jiran termasuk Jepun dan Filipina. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/china-pantau-bajet-ketenteraan-1.17079#sthash.iWsFeOTx.dpuf

Ukraine anjur pilihan raya awal


Seorang penduduk Ukraine mengundi di sebuah pusat pengundian semasa
Seorang penduduk Ukraine mengundi di sebuah pusat pengundian semasa pilihan raya Parlimen Ukraine di Kiev, semalam. –AGENSI
KIEV 26 Okt. – Kira-kira 46 juta rakyat Ukraine keluar mengundi dalam pilihan raya Parlimen hari ini yang dijangka meningkatkan lagi perpecahan di negara ini yang bertujuan untuk menyempurnakan sepenuhnya proses peralihan dan bebas daripada pengaruh Rusia.
Pilihan raya awal itu, lapan bulan selepas demontrasi yang me­nyaksikan Presiden pro-Rusia, Viktor Yanukovych digulingkan, bakal menyaksikan Parlimen Ukraine dianggotai oleh golongan pembaharuan dan nasionalis yang menyokong hasrat Presiden, Petro Poroshenko membawa Ukraine lebih rapat dengan Barat.
Dalam ucapannya di televi­syen Ukraine semalam, Poroshenko berkata, beliau mahu meraih sokongan majoriti kepada agenda pro-Eropah dan memutuskan hubungan lampau dengan Soviet.
“Tanpa sokongan majoriti di Parlimen, program Presiden .... hanya akan tinggal di atas kertas sahaja,’’ kata beliau.
Malah, tinjauan pendapat menunjukkan, kumpulan politik yang menyokong Poroshenko berkemungkinan menjadi kuasa penentu dalam Parlimen yang mempunyai 450 kerusi itu.
Ramalan itu jika menjadi ke­nyataan bakal meningkatkan lagi ketegangan dalam hubungan Ukraine - Rusia, selepas pemimpin Kiev menyalahkan kumpulan pemberontak pro-Rusia di timur negara ini dalam konflik yang mengorbankan lebih 3,700 nyawa serta memburukkan lagi ekonomi Ukraine.
Sebanyak 29 parti bertanding pada pilihan raya itu dan dipantau 2,000 pemantau antarabangsa.
Menurut pihak berkuasa pilihan raya, pengundian tidak akan diadakan di 27 kawasan pilihan raya termasuk 12 di Crimea dan selebihnya di timur Ukraine, bermakna hanya 423 wakil yang akan dipilih, hari ini. – AFP/REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/ukraine-anjur-pilihan-raya-awal-1.17081#sthash.mKpIaGvd.dpuf