Monday, January 12, 2015

Perhimpunan bantah Islamophobia


Kumpulan penyokong perikatan membantah isu perkauman mengadakan protes menyelar tindakan pengikut Pegida di Berlin.
Kumpulan penyokong perikatan membantah isu perkauman mengadakan protes menyelar tindakan pengikut Pegida di Berlin.
BERLIN - JERMAN.  Puluhan ribu penduduk berarak di bandar timur Dresden sebagai membantah Islamophobia susulan protes anti-Islam yang semakin meningkat di Jerman.

Lebih 35,000 orang menyertai perhimpunan itu bagi menggesa pihak berkenaan supaya menghentikan tunjuk perasaan berunsur perkauman dan kebencian agama di negara terbabit.

Ia turut disertai Datuk Bandar Dresden, Helma Orosz yang bertindak memberi amaran keras kepada kumpulan pelampau supaya tidak mencetuskan kekacauan untuk memecahbelahkan penduduk di bandar tersebut.

Difahamkan, jumlah peserta yang menyertai perhimpunan tersebut adalah lebih ramai berbanding 18,000 penunjuk perasaan ketika protes anti-Islam anjuran Pertubuhan Patriotik Eropah Menentang Pengislaman Barat (Pegida) pada Isnin lalu.

Sebelum ini, Canselor Jerman, Angela Merkel pernah menyelar Pegida dan pengikutnya kerana menyokong protes yang berunsur perkauman serta kebencian agama.

Sentimen antiimigran mula menular di bandar utama di negara itu selepas dasar kerajaan menggalakkan kemasukan pendatang dan golongan pelarian dari Syria serta Iraq. - Press TV

Bebas sampai lupa diri

Oleh Siti Fatimah Hassan 
sfhassan@hmetro.com.my




Kuala Lumpur: “Saya melihat faktor perkara ini berlaku disebabkan ruang kebebasan yang diberi terlalu luas hingga anak muda lupa dengan nilai budaya dan agama,” kata kata pendakwah dan penceramah bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.
Beliau mengulas penyebaran beberapa gambar dan video memaparkan beberapa gadis Melayu bertudung dicium serta dipeluk artis K-pop menjadi bahan sensasi dan kritikan orang ramai di Internet.
Difahamkan, gadis terbabit dicium dan dipeluk beberapa anggota daripada kumpulan K-pop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur, kelmarin.
Menurut Ahmad Dusuki, keadaan sosial pada masa kini satu perkara mencabar dan dianggap sebagai masalah besar yang perlu dihadapi semua.
Katanya, sepatutnya semua pihak mengambil iktibar daripada pelbagai kejadian termasuk bencana banjir yang berlaku, baru-baru ini dan bermuhasabah diri serta menjadikannya sebagai peringatan kepada diri sendiri.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 January 2015 @ 7:48 AM

Kesal tak bermakna lagi

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi 
mhafis@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: “Walaupun menangis air mata darah sekali pun, tidak mungkin saya akan mendapat semula isteri. Angkara cemburu buta saya tergamak melafazkan cerai talak tiga kepada dia,” kata seorang lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Razak, 27, meluahkan kesilapan dilakukannya.
Menurutnya, dia mengakui sikap panas baran sukar dibendung sejak mereka berkahwin setahun lalu dan pantang berlaku perselisihan faham, mereka pasti bertengkar dan kadangkala dia memukul isterinya yang dikenali sebagai Zura berusia 26 tahun.
“Saya sedar kesilapan ini kerana saya sudah kehilangan isteri tercinta dan mustahil kami akan dapat kembali bersama.
“Semuanya berpunca selepas berlaku salah faham selepas saya menyangka dia berlaku curang selepas melihat lelaki tidak dikenali berada di dalam rumah kami di Ampang ketika saya pulang dari tempat kerja,” katanya.
Razak berkata, kejadian itu berlaku awal Disember lalu ketika dia pulang ke rumah jam 6 petang dan terkejut melihat seorang lelaki tidak dikenali di ruang tamu bersama isterinya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 January 2015 @ 7:44 AM


RAZAK kini menyesal dengan perbuatannya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23288#sthash.YVrNgG4O.dpuf

Dalang tragedi MH17?

AFP
Kumpulan pemberontak pro-Russia semalam buat pertama kali menyiarkan gambar juruterbang tentera Ukraine yang didakwa bertanggungjawab menembak jatuh pesawat penerbangan MH17 milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang menyebabkan semua 298 penumpang dan anak kapalnya terbunuh.
Pada masa sama, Jawatankuasa Siasatan Russia - setaraf FBI - menggesa supaya Kapten Vladislav Voloshin melakukan ujian mengesan penipuan dan berdepan dengan soal siasat rasmi.
Menurutnya, terdapat banyak bukti terhadap juruterbang itu yang perlu ditimbang oleh siasatan rasmi yang diketuai kerajaan Belanda.
Dipercayai berusia lewat 20-an, Voloshin dinamakan sebagai dalang peristiwa itu oleh ‘saksi rahsia’ di pangkalan udara Dnipropetrovsk, tempat dia bertugas.
Menurut saksi itu, juruterbang berkenaan berlepas dengan jet penggempur Su-17 lengkap dengan peluru berpandu udara ke udara pada 17 Julai tahun lalu, tetapi kembali mendarat tanpa senjata berkenaan selepas pesawat Boeing 777 itu meletup di udara.
Sebaik mendarat, Voloshin dilihat ‘ketakutan’ sambil kedengaran merungut ‘pesawat’ - mungkin mengenai MH17 - ‘berada di tempat dan masa yang salah,’ menurut seorang tentera Ukraine yang tidak dinamakan dan kini dikawal di satu lokasi rahsia di Russia.
Jawatankuasa Siasatan yang diketuai oleh Alexander Bastrykin, bekas rakan sekelas Presiden Russia Vladimir Putin menegaskan, saksi itu lulus ujian poligraf dan kenyataannya boleh dipercayai.
Voloshin tidak bercakap secara terbuka mengenai tragedi MH17 itu, tetapi menafikan bertanggungjawab menerusi pegawai atasannya.
Ukraine mendakwa Russia melakukan propaganda dan cuba menyalahkan Voloshin.
Sejak peristiwa berkenaan, Moscow berulang kali mendakwa MH17 ditembak oleh pesawat Ukraine yang berada di udara berhampiran pesawat Malaysia itu sambil menyangkal analisis Barat bahawa ia ditembak pemberontak pro-Russia dengan peluru berpandu BUK.
“Biar Voloshin menjalani ujian pengesan pembohongan dengan pakar Belanda atau Malaysia. Wakil Jawatankuasa Siasatan Russia sudah bersedia berlepas ke Ukraine dengan segala kelengkapan untuk memeriksa Voloshin dan semua yang mungkin tahu mengenai kejadian itu,” kata jurucakap Jawatankuasa Siasatan Vladimir Markin.
Dia juga mendesak tentera Ukraine mendedahkan semua log penerbangannya pada 17 Julai, hari MH17 ditembak jatuh dan membenarkan Russia menyoalsiasat pengawal trafik udaranya.
Merujuk kepada perkhidmatan rahsia Ukraine, Markin berkata: “Kami menanti jawapan daripada SBU.”
Pegawai SBU Markiyan Lubkivskyi menegaskan Voloshin tidak terbabit dalam misi serangan pada 17 Julai dan tidak menggunakan senjata terhadap sasaran udara dalam konflik dengan Russia.
“Juruterbang itu tidak terbang pada hari berkenaan dan pesawatnya dibaiki kerana kerosakan yang dialami ketika mendarat pada 16 Julai,” kata Lubkivskyi.
Enam minggu selepas kejadian itu, pesawat Voloshin ditembak jatuh di timur Ukraine. Dia berjaya keluar dari pesawat itu dan melarikan diri dari wilayah yang dikuasai pemberontak pro-Russia.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 January 2015 @ 6:10 AM


GAMBAR fail menunjukkan kebakaran di tapak terhempasnya pesawat berkenaan di Donetsk, Ukraine, pada 17 Julai lalu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23203#sthash.0gHyeQwT.dpuf

Bersatu kenang mangsa

Reuters
Paris: Mengetepikan sementara perbezaan politik, puluhan pemimpin dunia - termasuk yang beragama Islam - malam tadi berjalan bersama di tengah ibu kota Perancis untuk menunjukkan perpaduan global bagi memperingati 17 mangsa keganasan di negara itu.
Antara mereka ialah Perdana Menteri Palestin, Mahmoud Abbas dan rakan sejawatnya dari Israel, Benjamin Netanyahu. Russia yang sedang menghadapi konfik dengan Ukraine pula diwakili menteri luarnya, Sergei Lavrov walaupun Kiev menghantar presidennya sendiri, Petro Poroshenko
Seorang demi seorang tiba untuk bersalaman dengan Presiden Perancis, Francois Hollande, di ruang khas Istana Elysee sebelum memulakan perarakan.
Sejurus sebelum mula menyambut kedatangan pemimpin pelbagai negara, Hollande berkata, Paris menjadi pusat dunia pada malam tadi.
Kira-kira 2,200 anggota keselamatan dikerah mengawal perarakan itu bagi mengelak kemungkinan ia disabotaj dengan penembak tepat ditempatkan di bumbung bangunan.
Pegawai berpakaian preman pula bercampur dengan orang ramai sebagai langkah menghadapi sebarang kemungkinan.
Menjelang acara itu, saluran pembetungan di seluruh bandar raya itu juga diperiksa, manakala stesen kereta api bawah tanah ditutup kepada orang ramai.
Namun di sebalik slogan kebebasan bersuara dicadang Perancis, tidak semua orang berpendapat mereka perlu bersetuju dengan Charlie Hebdo.
Ketika sesetengah pihak bertegas dengan kempen Je suis Charlie (Saya Charlie) di media sosial, seorang daripada mangsa serangan yang terselamat dalam insiden itu menganggap sokongan berkenaan tidak ikhlas.
Sesetengah pihak pula mengakui majalah satira itu bertindak keterlaluan kerana mempersendakan sesuatu yang tidak sepatutnya diperlekehkan.
Bersama kempen menyanggah Je suis Charlie, muncul pula hashtag #IamNotCharlie di Twitter.
Bekas kartunis Charlie Hebdo, Bernard Holtrop sendiri menyalahkan ‘rakan’ baru penerbitan itu sebagai punca masalah.
Holtrop berkata, dia gembira ramai orang bersatu mempertahankan hak kebebasan bersuara.
Namun dia berkata, dia rasa hendak ‘termuntah’ kerana seorang daripada penyokong perarakan itu ialah tokoh politik pelampau Belanda - yang turut pernah menghina Islam, Geert Wilders, tiba-tiba mendakwa menjadi sahabat perarakan itu.
“Kita tiba-tiba mendapat ramai rakan baru seperti Ratu Elizabeth, Putin dan sebagainya. Saya ketawa besar,” katanya dalam satu kenyataan.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 January 2015 @ 6:14 AM


PULUHAN ribu orang berkumpul di dataran Republique di Paris, semalam untuk menunjukkan perpaduan terhadap mangsa yang terbunuh dalam keganasan tiga hari di Perancis.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23208#sthash.d1LaGauz.dpuf

Pengganas ditembak mati


Agensi
Jakarta: Unit khas antipengganas Indonesia - dikenali sebagai Densus 88 - menembak mati seorang suspek pengganas dan menangkap lima yang lain dalam operasi berasingan menyasarkan anggota Mujahidin Indonesia Timur (MIT) di Sulawesi, kelmarin.
Jurucakap polis, Agus Rianto berkata, operasi itu dibantu pasukan polis Sulawesi Tengah yang melakukan lima penangkapan berbeza.
Katanya, suspek pertama dikenali sebagai Ilham Syafii yang ditangkap pada jam 10.15 pagi di Kampung Bungadidi di Luwu Utara.
“Ilham melarikan diri ke kawasan ladang kampung itu sebaik saja melihat kenderaan polis, tetapi dia dikejar dan berlaku tembak-menembak.
“Dalam situasi itu Ilham ditembak mati,” katanya.
Menurut Agus, Ilham dipercayai menjadi orang perantara untuk MIT dan banyak mengetahui maklumat kumpulan itu, termasuk anggota yang dikehendaki polis.
Pada mayat Ilham, polis menemui sepucuk pistol, lima peluru 9mm, sebuah telefon bimbit dan pisau.
Pada hari sama, Densus 88 juga menahan Saiful Jambi kira-kira jam 11.30 pagi di Kampung Wotu, Poso.
Dia didakwa menyertai latihan ketenteraan di Topoyo pada 2010 serta menganggotai kumpulan pembuat bom MIT.
Agus berkata, Saiful juga menjadi orang perantara MIT dan menerima dana daripada penyokong mereka di luar Sulawesi Tengah.
“Dia juga membantu menyembunyikan dua buruan lain, dikenali sebagai Santoso dan Daeng Koro,” katanya.
Santoso ialah bekas ketua Jemaah Ansharut Tauhid Poso, manakala Daeng Koro bekas polis yang menjadi orang kanan Santoso.
Suspek ketiga ialah Rustam yang ditangkap di daerah Kayamanya.
Suspek seterusnya yang ditangkap ialah pasangan suami isteri Hasan dan Ros.
Agus berkata, polis merampas bersama wang bernilai RM6,400 dipercayai disimpan untuk kegunaan Santoso bagi melaksanakan misi MIT.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 January 2015 @ 6:26 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23214#sthash.PiinAOZR.dpuf

Alyah dedah kisah rumah tangga


Gambar Ramli MS bersama seorang wanita yang dimuat naik oleh Alyah (gambar kanan) di laman Instagramnya baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Rumah tangga penyanyi Alyah dan Datuk Ramli MS kembali menjadi persoalan apabila penyanyi berkenaan memuat naik sekeping gambar suaminya di Instagram miliknya bersama seorang wanita lain berserta status yang membayangkan kekecewaan.
Menerusi gambar berkenaan, Ramli MS kelihatan tersenyum duduk di atas sebuah pelamin bersama seorang gadis muda berusia lingkungan 20-an.
Menerusi keterangan yang ditulis sendiri oleh Alyah, pelantun lagu Kisah Hati itu menyatakan rintihan hatinya seolah-olah dia dianiaya.
Menjelaskan situasi berkenaan kepada Kosmo! pemilik nama sebenar Norhasliah Abu Hassan, 34, bagaimanapun masih belum mengesahkan status sebenar wanita yang dikenali sebagai Siti Hafilah Che Kar itu dalam kehidupan rumah tangganya bersama Ramli.
“Jika apa yang saya rasa betul apa lagi yang boleh saya buat. Tetapi saya tidak tahu sebab itu cerita lama,” jawab Alyah ketika dihubungi semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0112&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3OYi0Q6sG 
Hakcipta terpelihara 

Umie Aida reda kondominium dilelong, berdiri teguh di belakang suami





KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal, Datin Paduka Umie Aida reda dengan isu lelongan kondominium penthouse milik suaminya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan di Mont Kiara di sini dan menganggap ia sebagai satu dugaan daripada Tuhan.
Katanya, beliau pasrah dengan kehilangan hadiah perkahwinannya itu dan akan terus berdiri teguh di belakang Khairuddin.
“Sudah namanya kehidupan, ia pasti penuh dugaan.
“Tuhan menduga setiap manusia dengan ikut kemampuan. Saya dan keluarga saya diduga dan sebagai isteri, saya akan tetap menyokong suami saya selama-lamanya,” kata Umie Aida ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Umie Aida yang juga adik kepada pengarah terkenal, Erma Fatima itu bernikah dengan Khairuddin pada 14 Mac 2010 di Mekah, Arab Saudi.
Sabtu lalu, unit kondominium mewah di kawasan kediaman elit Mont Kiara milik Khairuddin yang juga Naib Ketua UMNO Batu Kawan itu dilelong pada Lelongan Mega CIMB di Hotel Istana, Kuala Lumpur.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0112&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3OYhkbXLk 
Hakcipta terpelihara 

600,000 berhimpun kenang mangsa serangan di Paris



SEBAHAGIAN daripada orang ramai yang menyertai perarakan di Republic Square, Paris semalam.- AFP


PARIS – Kira-kira 600,000 penduduk dan lebih 40 pemimpin dari seluruh dunia menyertai majlis perarakan di sepanjang bandar raya Paris semalam bagi mengenang serangan bersenjata yang menyebabkan 17 individu terbunuh.
Perarakan yang disifatkan sebagai perhimpunan perpaduan itu antaranya disertai oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang turut serta memberikan penghormatan kepada mangsa-mangsa yang terbunuh dalam kejadian yang turut mengorbankan keturunan Yahudi dan seorang pegawai polis beragama Islam.
Turut serta dalam perhimpunan itu ialah Canselor Jerman, Angela Merkel; Perdana Menteri Britain, David Cameron; Presiden Ukraine, Petro Poroshenko dan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov, manakala Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama diwakili oleh Peguam Negara, Eric Holder.
Kawalan keselamatan dalam pada itu dipertingkatkan semasa perhimpunan berkenaan yang dianjurkan ekoran serangan ke atas pejabat akhbar satira mingguan, Charlie Hebdo dan sebuah pasar raya Yahudi dengan kerahan beribu-ribu anggota tentera tambahan dan polis di sepanjang laluan perarakan.
“Ratusan ribu penduduk di Perancis berkumpul untuk menyatakan perasaan cinta mereka terhadap kebebasan dan persaudaraan,” kata Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls dalam ucapannya semasa perhimpunan berkenaan.
“Pertarungan sebenar ialah pertarungan mempertahankan kebebasan berfikir,” kata seorang peserta perarakan, Yamina, 40, yang ditemui dengan linangan air mata sewaktu menyertai perarakan itu.
Serangan ke atas pejabat akhbar Charlie Hebdo itu turut mengorbankan tiga kartunis terbaik Perancis serta ketua editor akhbar yang pernah mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia apabila menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad.
Dalam drama serangan bermula Rabu lalu, tiga lelaki bersenjata yang mendakwa anggota kumpulan Al-Qaeda berpangkalan di Yemen turut ditembak mati oleh pasukan keselamatan.
Ekoran serangan itu, kumpulan rangkaian Al-Qaeda iaitu Harith al-Nadhari pula mengeluarkan amaran kepada Perancis bahawa serangan baharu akan dilancarkan jika negara itu secara berterusan menindas orang Islam. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0112&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3OYg2G4dq 
Hakcipta terpelihara 

Kempen menentang bantahan 
anti-Islam di Jerman dapat sambutan


SEPANDUK bertulis ‘Persahabatan tanpa sempadan’ dibentangkan ketika
SEPANDUK bertulis ‘Persahabatan tanpa sempadan’ dibentangkan ketika 35,000 penunjuk perasaan berhimpun sebagai menentang gerakan anti-Islam yang dianjurkan oleh PEGIDA di Dresden, Jerman, semalam. – AFP
BERLIN 11 Jan. – Kira-kira 35,000 orang menyertai tunjuk perasaan di bandar raya utama Jerman, Dresden hari ini bagi menentang perhimpunan anti-Islam yang dilancarkan pada setiap minggu di timur negara ini.
Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan mendadak sebanyak hampir dua kali ganda berbanding 18,000 orang yang menyertai bantahan sama pada minggu lalu selepas kumpulan Patriotik Eropah Menentang Pengislaman Barat (PEGIDA) merancang mengadakan protes anti-Islam di bandar raya berkenaan.
Datuk Bandar Dresden, Helma Orosz turut menggesa penyokong PEGIDA agar menukar fikiran dan menyertai kempen menentang perkauman.
Jelas Orosz, beliau menyertai demonstrasi itu bukan kerana membantah orang ramai menyertai PEGIDA, tetapi disebabkan rasa tidak takut perbezaan kulit atau budaya dengan orang lain.
“Saya percaya, jumlah orang ramai yang menyokong kempen menentang perkauman telah menunjukkan isyarat jelas bahawa masyarakat negara ini saling bergandingan dan tidak melupakan pihak yang bimbang dengan pengaruh Islam.
“Kami tidak mengabaikan mereka (penyokong PEGIDA), malah mengajak mereka menyertai kempen ini,” katanya.
Dalam bantahan yang diadakan hari ini, orang ramai turut membawa sepanduk bertulis “Bantulah pelarian’, ‘Kita semua ketawa dalam bahasa yang sama’, dan ‘Jerman untuk semua orang’ sebagai tanda sokongan kepada pendatang asing yang beragama Islam.
Bagaimanapun, penganalisis menyuarakan kebimbangan bahawa protes anti-Islam anjuran PEGIDA yang akan diadakan esok di Dresden, dijangka mendapat sambutan hangat ekoran serangan pengganas di Perancis.
Pensyarah sains politik Universiti Teknikal Dresden, Werner Patzelt berkata, serangan di Paris akan memberi kesan terhadap demonstrasi anti-Islam serta memberi pengaruh yang besar kepada PEGIDA.
“Saya menjangkakan lebih 20,000 orang akan menyertai bantahan tersebut esok di Dresden,” katanya. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kempen-menentang-bantahan-8232-anti-islam-di-jerman-dapat-sambutan-1.46913#sthash.dcJgq50i.dpuf

Kapten tembak MH17 didedah


Rusia gesa pegawai tentera Ukraine disiasat

KIEV 11 Jan. - Pemberontak pro-Rusia mendedahkan identiti serta gambar juruterbang pesawat tentera Ukraine yang didakwa menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 sehingga mengorbankan 298 nyawa di timur negara ini pada 17 Julai lalu.
Juruterbang jet tempur tentera Ukraine, Kapten Vladislav Voloshin dipercayai menembak jatuh pesawat MAS MH17 pada 17 Julai lalu di wilayah Donetsk sehingga mengorbankan 298 orang. – AGENSI
Jawatankuasa Siasatan yang diketuai oleh Alexander Bastrykin, bekas sekelas Presiden Rusia, Vladimir Putin, melaporkan bahawa juruterbang terbabit yang dikenali sebagai Kapten Vladislav Voloshin perlu disiasat oleh pihak berkuasa Belanda yang mengetuai siasatan berhubung nahas tersebut.
Menurut Bastrykin, Voloshin dipercayai mengemudi pesawat tempur SU-17 yang dilengkapi peluru berpandu udara ke udara jenis R-60 pada 17 Julai lalu, hari yang sama pesawat MH17 ditembak jatuh di wilayah Donetsk ketika dalam penerbangan dari Armsterdam ke Kuala Lumpur.
Jelas beliau, juruterbang yang dianggarkan berusia lewat 20-an itu pulang ke pangkalan Tentera Udara Ukraine di Dnipropetrovsk tanpa peluru berpandu berkenaan, dipercayai digunakan untuk menembak jatuh pesawat MH17.
“Berdasarkan maklumat saksi yang kami peroleh dari pangkalan tentera Ukraine, Voloshin kelihatan takut apabila memaklumkan dia tersalah tembak pesawat, dipercayai MH17 yang berada di lokasi kejadian pada waktu dan tempat yang salah.
“Saksi yang memberi maklumat itu kini berada di lokasi rahsia di Rusia dan segala laporan yang disalurkan boleh dipercayai kerana dia lulus dalam ujian pembohongan,” katanya seperti yang dilaporkan portal berita Mail Online.
Sementara itu jurucakap jawatankuasa terbabit, Vladimir Markin berkata, Voloshin perlu menjalani ujian pembohongan yang dengan pemantauan pasukan penyiasat Belanda atau Malaysia bagi mengetahui kebenaran tentang insiden tersebut.
Selain itu katanya, tentera Ukraine juga perlu mendedahkan semua data penerbangan pesawat tentera pada hari kejadian dan membenarkan pihak berkuasa Rusia menyiasat pusat kawalan trafik udara negara itu.
“Kami masih menunggu jawapan daripada Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU) berhubung perkara itu.
“Jika anggota penyiasat antarabangsa berminat untuk mengetahui kebenaran dan meminta maklumat daripada kami, saya sedia untuk berkongsi segala bukti yang telah dikumpulkan,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kapten-tembak-mh17-didedah-1.46911#sthash.1mhAWMMg.dpuf

Mark Zuckerberg cetus kontroversi


LOS ANGELES 11 Jan. – Pemilik laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg (gambar) mendedahkan, dia pernah diugut bunuh oleh seorang penganut Islam dari Pakistan, berikutan tindakan laman sosial itu mempromosikan kempen yang dikenali sebagai Hari Melukis Gambar Nabi Muhammad yang menyinggung perasaan umat Islam.
Mark Zuckerberg
Zuckerberg berkata, kempen itu dibuat berdasarkan hak kebebasan bersuara, menjadikan dunia satu tempat yang lebih baik.
“Facebook menjadi tempat penduduk dunia berkongsi pendapat. Kami mengikuti peraturan di setiap negara, namun kami tidak membenarkan mana-mana negara menentukan apa yang boleh dikongsi oleh dunia,” jelas beliau dalam laman sosial Facebooknya, lapor Mail Online.
Pakistan kemudian menyekat akses Facebook di negaranya.
Pendedahan ugutan bunuh oleh Zuckerberg itu dibuat sebagai reaksinya kepada serangan keganasan di Paris minggu ini yang mengorbankan 18 individu termasuk tiga suspek.
Bagaimanapun, kenyataan beliau dipandang negatif oleh penganut Islam.
Seorang daripadanya iaitu, Aftab Ahmed berkata, dia tidak pernah melihat Zuckerberg bercakap tentang hak asasi manusia apabila banyak penduduk di Palestin, Iraq, Afghanistan, dan Syria terkorban.
“Bagaimana pula dengan kematian di negara tersebut? Anda tidak pernah mengutuknya,” ujar Aftab dalam statusnya yang sudah mendapat lebih 10,000 like.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mark-zuckerberg-cetus-kontroversi-1.46938#sthash.8UxxKTtv.dpuf

Kenyataan Eric bangkit kemarahan umat Islam


a
Abdul Ghani Samsudin

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Tindakan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen yang membuat kenyataan mengaitkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan penyebaran fahaman ekstremis dilihat sebagai satu pertuduhan yang boleh menimbulkan kekeliruan dan membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini.
Pengerusi Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia Malaysia, Abdul Ghani Samsudin berkata, hal demikian adalah kerana kenyataan Eric itu adalah tidak benar kerana dikeluarkan tanpa bukti yang sahih.
“Dia sepatutnya lebih berhati-hati dalam membuat kritikan dan biarlah jelas serta berasas. Jika apa yang didakwanya itu benar, perlu sertakan rujukan tentang teks, khutbah dan siapa yang menyampaikannya bagi membuktikan kesahihan.
“Khutbah diadakan bertujuan untuk mendidik, memberi keinsafan dan jauh sekali digunakan untuk menyebarkan fahaman-fahaman yang bercanggah dengan Islam. Dakwaannya itu cukup jelas mengenepikan elemen-elemen sensitiviti sesuatu agama,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Abdul Ghani mengulas berkaitan tindakan Eric membuat pertuduhan mengaitkan Jakim dengan penyebaran fahaman ekstremis.
Eric dalam kenyataan Twitter miliknya, menuduh Jakim menyebarkan fahaman itu pada setiap Jumaat yang dipercayai merujuk kepada khutbah solat Jumaat kepada umat Islam.
Dalam pada itu, Abdul Ghani menasihatkan agar Eric dapat memperbetulkan keadaan dan menyelesaikan perkara itu dengan segera.
“Dia perlu segera memperbetulkan keadaan kerana tindakannya itu boleh diklasifikasikan sebagai satu tentangan terhadap sesebuah agensi dan Islam secara keseluruhannya,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kenyataan-eric-bangkit-kemarahan-umat-islam-1.47096#sthash.IXCwEViU.dpuf