Ekoran pengharaman 1Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun, Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque kali ini menerbitkan pula Cartoon-o-phobia (ketakutan pada kartun) - tindakan yang terus menyindir kerajaan.
"Ketika diharamkan pada Jun lalu, alasan yang diberi kerajaan ialah kerana buku-buku dan majalah saya itu dianggap mengancam ketenteraman awam dan boleh mempengaruhi orang ramai supaya merusuh terhadap kerajaan."Kerana itu, nama Cartoon-o-phobia dipilih bagi menggambarkan ketakutan sesetengah pihak kepada karya-karya kartun," kata Zunar (kanan).
Menurut Zunar juga buku tersebut akan diterbitkan oleh Kinibooks - sebuah anak syarikat Malaysiakini. Sebelum ini, beliau juga berkerjasama dengan penerbit yang sama untuk buku 1 Funny Malaysia tahun lalu dan Cartoon On Tun and Others...pada 2005.
Kebanyakan karya-karya kartun dalamCartoon-o-phobia adalah koleksi pilihan kartun-kartun yang tersiar dalamMalaysiakini dari Disember 2009 hingga September 2010.
Dalam satu kenyataan hari ini, Zunar juga secara sinis berkata akan cuba mendaftar istilah Cartoon-o-phobia dalam kamus sebagai satu istilah baru yang menggambarkan defininasi "individu atau pihak yang takut kepada karya kartun sehingga menggunakan pengaruh politik bagi mengambil tindakan terhadap kartunis."
"Saya menyentuh semua isu-isu yang menjadi perbualan awam seperti isu Altantuya, konspirasi terhadap Anwar, isteri PM, kehilangan jet enjin, Scorpene yang tak boleh menyelam, Sarawak, perkauman, korupsi dan lain-lain," katanya.
Menyentuh soal kemungkinan bukunya diharamkan lagi, bekaS kartunis di majalah popular Gila-Gila itu bagaimanapun berkata tidak pernah terfikir soal tersebut semasa berkarya.
"Saya percaya Cartoon-o-phobia mempunyai kekuatan sendiri dan memenuhi kehendak pembaca. Namun saya bersedia menghadapi sebarang risiko jika buku ini diharamkan.
"Jika buku ini tidak dapat dijual di pasaran terbuka (akibat pengharaman), saya bergantung kepada sokongan dari para pembaca," katanya.
Buku setebal 100 muka surat berwarna penuh itu akan dilancarkan pada 24 September ini bertempat di Selangor Chinese Assembly Hall oleh bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin.



Beliau berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa Mas Selamat telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia hari ini untuk tindakan pengusiran.




Sinonim sebagai antara negara paling miskin di Asia Barat dan banyak bergantung kepada bantuan antarabangsa, Bangladesh juga tidak pernah sepi dari pergolakkan politik walaupun agak kurang diberikan liputan antarabangsa. Walaupun miskin dari segi ekonomi, Bangladesh kaya dengan sumber semulajadi dan bahan galian, serta dengan jumlah ummat Islam yang ramai ianya tetap menjanjikan suatu masa depan yang gemilang untuk Islam.
Penangkapan secara zalim ini berlaku pada 29 Jun 2010 di mana tiga pemimpin tertinggi Jamaat terdiri dari Amir, Maulana Motiur Rahman Nizami, Timbalan Amir, Allama Delwar Hossein Sayadee dan Setiausaha Agong, Ali Ehsan Mujahid telah ditahan. Tuduhan yang dihadapi, menghasut rakyat dengan sentiment agama. Pada 13 Julai 2010 dua orang Penolong Setiausaha Agong Jamaat el Islami pula ditangkap, Mr. Muhammad Kamaruzzaman dan Mr. Abdul Quader Mullah. Di samping menghadapi tuduhan menghasut rakyat dengan sentimen agama mereka juga dihadapkan dengan tuduhan jenayah perang 1971. Tuduhan ini sangat berat dan mereka boleh berhadapan dengan hukuman mati. Sedangkan daripada lima pemimpin tertinggi Jamaat el Islami ini, empat daripadanya masih merupakan pelajar pada 1971 dan tidak terlibat dengan sebarang konflik ketika perang Pakistan Bangladesh 1971. Pejabat-pejabat Jamaat diserbu pihak polis dan aktivis-aktivis ditangkap. Saudara Abdul Razzaq memaklumkan setakat ini kira-kira 3,550 telah ditahan. Sebarang penganjuran acara termasuk mesyuarat tertutup parti sekalipun tidak dibenarkan.
"Saya sendiri akan membuat keputusan selepas habis semua mesyuarat agung (peringkat cabang).