Tuesday, August 2, 2011

Rakyat, pelajar luar negara boleh mengundi



pix_gal0
SPR kaji cara bolehkan semua laksana tanggungjawab

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara dan pelajar yang mengikuti pengajian separuh masa di luar negara boleh menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata perkara itu kini dalam peringkat kajian, termasuk mendapatkan pandangan Penasihat Undang-Undang SPR sama ada langkah sedemikian membabitkan pindaan undang-undang.
Beliau berkata, sekiranya ia dapat dilaksanakan, maka pekerja dan pelajar di luar negara boleh melaksanakan tanggungjawab mereka menerusi sistem undi pos di pejabat kedutaan di luar negara.

“Ketika ini, mereka yang layak mengundi pos di pejabat kedutaan di luar negara ialah anggota polis dan tentera, kakitangan kerajaan bersama pasangan masing-masing dan juga pelajar Malaysia berserta isteri yang mengikuti pengajian mereka secara sepenuh masa.

“Kita menjangkakan pada pilihan raya umum akan datang semua rakyat kita yang bekerja di luar negara dan pelajar yang mengikuti pengajian separuh masa dapat turut menunaikan tanggungjawab masing-masing,” katanya kepada Berita Harian, semalam. 

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan bersedia mengkaji beberapa mekanisme bagi membolehkan rakyat dan pelajar Malaysia yang berada di luar negara mengundi pada pilihan raya. 
Abdul Aziz berkata, sebelum melaksanakannya, SPR juga perlu mendapatkan maklumat terkini jumlah keseluruhan rakyat serta pelajar Malaysia yang berada di luar negara serta mendaftar mereka sebagai pengundi.

“Antara masalah yang sering dihadapi kedutaan ialah kesukaran untuk mengenal pasti alamat sebenar rakyat kita kerana mereka sering bertukar alamat dan tidak memaklumkannya kepada pihak kedutaan,” katanya.

PM rehat seminggu selepas bedah

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak selamat menjalani pembedahan pada lutut kirinya melalui ‘arthoscopic surgery’ yang mengambil masa selama 45 minit bermula jam 8.30 pagi di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam. 

Perdana Menteri menjalani pembedahan yang dilakukan secara minimum dengan memasukkan peralatan skop untuk melihat kerosakan dan seterusnya melalui skop berkenaan, alat pembedahan digunakan untuk membaiki kecederaan di lutut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman, berkata pembedahan berkenaan berjalan dengan baik dan doktor yang bertanggungjawab puas hati terhadap hasil pembedahan akibat kecederaan ketika mengambil sepakan penalti ketika bermain futsal pada sambutan Hari Belia, Mei lalu.
“Datuk Seri Najib dinasihati berehat di hospital sehingga Rabu ini (esok) dan beliau dijangka boleh memulakan semula tugas pada minggu hadapan,” katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan, semalam. 

Khamis lalu, ketika mengadakan lawatan kerja ke Kedah, Najib memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau akan menjalani pembedahan di HKL.
http://www.bharian.com.my

Imigresen mula operasi 24 jam


MERIAM ANNING JAMARIL rakyat Filipina  bersama anaknya, Muhammad Jumlayan Jamaril  mendaftar  di kaunter pendaftaran Program 6P di Jabatan Imigresen Putrajaya, semalam.

MERIAM ANNING JAMARIL rakyat Filipina bersama anaknya, Muhammad Jumlayan Jamaril mendaftar di kaunter pendaftaran Program 6P di Jabatan Imigresen Putrajaya, semalam.

198 pejabat seluruh Semenanjung dibuka pastikan Program 6P lancar 

PUTRAJAYA: Mulai semalam hingga 14 Ogos ini, semua 198 pejabat imigresen di seluruh Semenanjung akan beroperasi 24 jam, bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).
Malah, bagi mengelakkan kesesakan di pejabat Imigresen Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kaunter tambahan turut disediakan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Stadium Bola Sepak Cheras.
Pada masa sama, semua pejabat imigresen terbabit memperuntukkan 90 peratus operasi kaunter pendaftaran Program 6P, manakala baki 10 peratus lagi menguruskan pendaftaran pekerja asing sah.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Dasar dan Imigresen, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata sehingga semalam 1,639 lokasi pendaftaran dikendalikan 336 syarikat pengurus sudah beroperasi dengan dipantau 389 pegawai imigresen.

Baki 111 lagi dibuka sebaik lokasi dimaklumkan syarikat pengurus.

Sehubungan itu, beliau meminta syarikat pengurus terbabit segera mengesahkan lokasi operasi syarikat kepada Jabatan Imigresen bagi mengelakkan masalah.
Selain itu, katanya, imigresen juga mengenal pasti masalah berpunca daripada sistem komputer di lokasi pendaftaran yang tidak memenuhi keperluan sokongan perisian digunakan program 6P.

Alwi berkata, pengesahan awal memudahkan imigresen menentukan petugas untuk urusan pemantauan dan urusan kunci masuk sistem perisian pendaftaran berkomputer digunakan bagi program itu.

Beliau berkata, sehingga 31 Julai lalu, 767,068 pekerja asing sah didaftarkan di seluruh negara sejak program pendaftaran bermula 13 Julai.
Program itu dilanjutkan ke tarikh yang belum ditetapkan.

Di Sabah pula, katanya, seramai 116,000 pendatang tanpa izin didaftarkan sehingga 31 Julai lalu sejak program sama dilancarkan pada 18 Julai lalu dan dijangka berakhir 8 Ogos ini, manakala di Sarawak pendaftaran pekerja asing sah di 28 lokasi bermula semalam.

Sementara itu, tinjauan di kaunter pendaftaran 6P di ibu pejabat imigresen di sini semalam, mendapati urusan pendaftaran berjalan lancar sebaik saja kaunter pendaftaran dibuka pada jam 8 pagi.
http://www.bharian.com.my

Simulasi pilihan raya positif


Tengku Adnan nafi BN bakal hilang 2 negeri hasil pemilihan olok-olok


KUALA LUMPUR: Simulasi pilihan raya yang diadakan UMNO sejak Mei lalu, menunjukkan peningkatan sokongan terhadap parti itu dan komponen Barisan Nasional (BN) di seluruh negara, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Sambil menafikan laporan sebuah portal berita yang mendakwa BN bakal kehilangan sokongan di Perak dan Negeri Sembilan hasil keputusan pilihan raya olok-olok yang dijalankan UMNO, Tengku Adnan menegaskan simulasi itu jelas menunjukkan sokongan rakyat terhadap BN meningkat.
“Laporan (portal berita) itu satu pembohongan kerana simulasi yang kita jalankan membuktikan sebaliknya. Hasil simulasi menunjukkan peningkatan sokongan di setiap bahagian UMNO,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau mengulas laporan portal itu bahawa BN mungkin kehilangan Perak dan Negeri Sembilan pada pilihan raya umum akan datang berdasarkan keputusan pilihan raya olok-olok yang dijalankan UMNO, kecuali parti itu meletakkan calon popular dan boleh diterima akar umbi.

Tokoh politik dari Perak turut terkejut dengan dakwaan yang dibuat portal itu dan menegaskan laporan berkenaan tidak berasas.

Ahli Dewan Undangan Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, berkata jentera UMNO dan BN seharusnya tidak hilang fokus dengan tohmahan seumpama itu. 
“Namun hakikat yang perlu diakui semua pihak adalah, dalam era sekarang, UMNO dan BN perlu sentiasa bekerja keras serta memastikan hanya mereka yang benar-benar di terima peringkat akar umbi dan benar-benar berkemampuan dipilih menjadi calon,” katanya.

Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk R Ganesan, berkata kaedah turun padang dan program mesra rakyat dilihat sebagai cara paling berkesan untuk memastikan sokongan terhadap BN terus meningkat.

“Ketika ini BN Perak yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sentiasa bersama rakyat dalam pelbagai program dan aktiviti yang dirancang.

“Daripada program ini, kami mendapati sokongan terhadap BN semakin meningkat. Saya menganggap laporan portal itu sebagai tidak mencerminkan hakikat sebenar,” katanya.

Kelmarin, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengarahkan pemimpin MCA Perak supaya memberi perhatian terhadap usaha memenangi semula pilihan raya umum akan datang kerana hasil maklum balas yang diterima menunjukkan parti itu mampu meraih keputusan lebih baik berbanding 2008. 
http://www.bharian.com.my

Jerman gusar militan Kristian tiru Breivik

BERLIN: Agensi keselamatan Jerman memberi amaran bahawa wujud kemungkinan pelampau Kristian lain meniru serangan yang dilakukan Anders Behring Breivik di Norway dengan melakukan pembunuhan beramai-ramai terbaru mengikut agenda anti-Islam. 
Breivik membunuh 77 orang menerusi pengeboman dan tembakan rambang di Norway 22 Julai lalu selepas meninggalkan arahan terperinci dalam internet mengenai rancangannya melakukan pertumpahan darah itu tanpa menarik perhatian polis.

“Perbuatannya boleh menjadi panduan kepada orang lain meniru serangan itu,” kata Alexander Eisvogel, naib presiden badan antipengganas domestik, Agensi Persekutuan bagi Perlindungan Perlembagaan (BfV) kepada majalah berita Der Spiegel.
“Dari sudut pandangan pengganas, dia secara teliti merancang bagaimana mengelak daripada dikesan anggota keselamatan. Kami bimbang dengan perkara ini,” kata Eisvogel. 

Secara berasingan, pemimpin parti pembangkang utama Jerman, Sosial Demokrat, Sigmar Gabriel, menggesa perkhidmatan keselamatan Jerman dan penyedia perkhidmatan internet mengambil tindakan lebih tegas ke atas pelampau sayap kanan online. 

“Di Jerman, jika seseorang secara terbuka berkata dia mahu bunuh orang lain atau melakukan serangan, orang awam akan laporkannya kepada polis. 

“Tetapi, reaksi berbeza jika ia dilakukan di internet. Di sana, penghinaan, malah gesaan membunuh dianggap sebagai satu bentuk kebebasan,” kata Gabriel kepada radio Deutschlandfunk. 
Sementara itu, di OSLO, hujah Breivik tidak waras ketika melakukan serangan tidak akan diterima kerana dia kelihatan sedar dengan tindak tanduknya, kata ketua panel yang mengkaji keadaan mentalnya. 

Keputusan mengenai keadaan mental Breivik akan menentukan sama ada dia boleh dipertanggungjawabnya atas jenayah itu menerusi hukuman penjara atau dihantar ke wad psikiatrik untuk rawatan. – Reuters/AFP
http://www.bharian.com

Harga tanah RM21 sekaki persegi



Liong Sik di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia.


KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Datuk Sahari Mahadi hari ini memberitahu mahkamah, nilai tanah dalam jual beli antara Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDB) dinaikkan kepada RM21 sekaki persegi bagi menampung perbelanjaan tambahan.
Sahari, 63, selaku saksi kedua pendakwaan dalam keterangan di Mahkamah Tinggi di sini semalam berkata, penilaian kadar tanah di Mukim Klang bagi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) pada awalnya berharga sebanyak RM18 sekaki persegi.
“Bagaimanapun, selepas penilaian semula dibuat dengan mengambil kira nilai-nilai khas yang ditanggung penjual serta pembangunan di atas tanah tersebut, tuan tanah bersetuju menjadikan harga tersebut kepada RM21 sekaki persegi.
“Berdasarkan jadual pembayaran, harga RM21 sekaki persegi akan dibayar pembeli jika pembayaran dibuat secara tunai manakala harga RM25 sekaki persegi jika bayaran secara tunggakan,” kata saksi yang kini bertugas di Suruhanjaya Khas Cukai Pendapatan semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Tun Abd. Majid Tun Hamzah.
Pada sesi pagi, pakar penilaian harta, Teo Lee Lee (gambar kecil), 63, semasa disoal balas peguam bela Wong Kian Kheong memberitahu, dia ditugaskan membuat penilaian terhadap kadar tanah kepada JPPH namun tidak terlibat dalam sebarang pengiraan berhubung jual beli tersebut.

'Kami dilayan macam banduan'


Nasirruddin Yazid 
MOHD. RAFSANJANI (depan) bersama pelajar lain menunjukkan kepala mereka yang dibotakkan ketika ditemui di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Seramai 33 pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda (SMKBBU) di sini mendakwa mengalami penderaan fizikal dan dilayan seperti banduan semasa menjalani program motivasi di Penjara Kluang hujung minggu lalu.
Ketika program selama tiga hari dua malam bermula Jumaat lalu itu, mereka mendakwa diarah oleh warden penjara memakai pakaian banduan selain digari, ditampar, dipukul dan ditumbuk di perut hingga ada pelajar menangis.
Seorang peserta, Mohd. Rafsanjani Mohd. Rafi, 16, mendakwa, pihak sekolah memaklumkan bahawa program tersebut adalah untuk para pelajar yang mempunyai masalah disiplin.
"Apabila tiba di penjara, kami diminta menyerahkan barangan peribadi dan rambut kami dipotong sehingga pendek sebelum dibawa ke asrama.
"Keesokan harinya, ketika lawatan di penjara, saya terkejut apabila dimarahi dan dicekik oleh warden penjara," dakwanya di sini semalam.
Katanya, dia dipilih mengikuti program berkenaan kerana ponteng sekolah selama 10 hari tahun ini.
Rakannya, Syed Amirul Khair Syed Khaidir, 16, pula mendakwa, para pelajar didera melakukan pelbagai aktiviti memeritkan seperti tekan tubi, berguling atas jalan dan ketuk ketampi sebanyak 150 kali.
"Kami dilayan macam banduan dan saya sendiri ditumbuk di perut selain ditampar dua kali," dakwanya.
Dalam pada itu, ibu kepada Mohd. Rafsanjani, Wan Zuhidah Zainal, 41, berkata, pihak sekolah menghantar surat kepadanya tentang program itu tetapi tidak dinyatakan pengisiannya.
"Saya hanya mengetahui mereka dihantar ke penjara apabila bertanya guru di sekolah selepas curiga melihat pelajar dibawa menaiki bas Jabatan Penjara," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi Johor, Datuk Maulizan Bujang berkata, jika dakwaan itu benar, pihak sekolah perlu mengkaji semula pengisian program.
"Saya telah meminta Jabatan Pelajaran menyiasat dakwaan ini, begitu juga dengan pihak sekolah," katanya ketika dihubungi.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu, Datuk Samsol Bari Jamali mengakui pihaknya mengetahui pelajar terbabit perlu menjalani simulasi kehidupan di penjara malah sekolah itu adalah yang ketiga mengikuti program sama.
Beliau berkata, pihak pentadbiran sekolah akan bersemuka dengan pelajar terbabit apabila sekolah dibuka esok.
Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru, Khalid Mohamed yang menerima aduan terbabit berkata, satu memorandum yang ditandatangani ibu bapa peserta akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran.

Tiga wakil rakyat Jepun dilarang ke Seoul

SEOUL, Korea Selatan - Pentadbiran Korea Selatan melarang tiga wakil rakyat Jepun daripada memasuki negara berkenaan.
Larangan itu dikenakan selepas mereka tiba di sebuah lapangan terbang di sini dalam percubaan untuk berkunjung ke sebuah lokasi berhampiran beberapa buah pulau yang dituntut oleh kedua-dua negara.
Kementerian Luar Korea Selatan semalam memberitahu, ketiga-tiga wakil rakyat dari Parti Liberal Demokratik Jepun itu disekat apabila mereka cuba meninggalkan Lapangan Terbang Gimpo di sini.
Mereka merancang untuk melawat sebuah pulau yang terletak berhampiran gugusan pulau Dokdo yang dituntut oleh Korea Selatan dan Jepun.
Menurut kementerian berkenaan, larangan itu berdasarkan undang-undang Korea Selatan yang melarang kemasukan individu yang boleh menjejaskan kepentingan negara. - AP

Arroyo selamat dibedah

MANILA, Filipina - Bekas Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo (gambar) telah dipindahkan ke wad biasa selepas menjalani pembedahan belakang lehernya pada minggu lalu.
Menurut seorang jurucakap wanita, Maite Defensor, Arroyo yang berusia 64 tahun dipindahkan ke sebuah bilik di salah sebuah hospital di sini, kelmarin.
Sebelum ini Arroyo mendapat rawatan daripada unit penjagaan intensif selepas menjalani pembedahan selama lima jam pada Jumaat lalu.
Menurut Maite, Arroyo memerlukan kira-kira tiga minggu untuk pulih daripada pembedahan tersebut. - AP

Putera Mahkota Thai janji bayar RM83.5 juta


GAMBAR fail menunjukkan pesawat Boeing 737 milik Putera Maha Vajiralongkorn yang disita di sebuah lapangan terbang di Munich, selatan Jerman.


BANGKOK - Putera Mahkota Thailand Maha Vajiralongkorn (gambar kecil) berikrar membayar sebanyak AS$28.4 juta (RM83.5 juta) dalam bentuk bon untuk mendapatkan semula sebuah pesawat baginda yang disita di bandar Munich, Jerman ekoran pertelingkahan komersial melibatkan kedua-dua buah negara.
Pejabat Setiausaha Putera Mahkota berkenaan dalam satu kenyataannya kelmarin memberitahu, Vajiralongkorn akan menawarkan bon dana peribadinya kepada sebuah mahkamah di negeri Bavaria, Jerman untuk mengekalkan hubungan diplomatik yang baik antara Jerman dan Thailand.
Sebuah pesawat Boeing 737 milik putera berkenaan dirampas pihak berkuasa Jerman pada bulan lalu kerana kerajaan Thai didakwa berhutang dengan firma pembinaan negara itu, Walter Bau AG yang telah dibubarkan, sejak dua dekad lalu.
Perbuatan menyita pesawat berkenaan mencetuskan kemarahan Kementerian Luar Thailand yang meminta ia dipulangkan semula tanpa sebarang pembayaran dibuat kerana jet berkenaan hak milik peribadi Putera Maha Vajiralongkorn dan bukan milik mana-mana entiti kerajaan. - Reuters

Monday, August 1, 2011

Najib dikelilingi JIN di pejabatnya dan di dalam tubuh badannya






Menurut ustaz yang berasal dari Pettani itu dia telah dipanggil untuk mengesan jin dalam tubuh Najib. Dalam pengesanannya ia menunjukkan bahawa Najib telah digoda ataupun diganggui oleh jin. Keadaan atau serangan jin ini menyebabkan Najib jadi hilang tumpuan dan kurang bertenaga (spritual). Najib juga yang sememangnya lemah lembut menjadi macam keduguanan saja.
“Banyak jin dalam tubuh Najib, tapi kita dah tarik keluar,” begitu kata ustaz berkenaan. Katanya semasa dia merawat Najib secara Islam itu mulut Najib juga berdarah. Saya cuba tanya ustaz itu jin-jin itu angkara siapa? Ustaz itu enggan memberi tahu, tetapi tersenyum seakan memberi tafsiran berat untuk beliau lafazkan.
Selain itu dakwa ustaz itu beliau turut mengesan dan memeriksa pejabat Najib di kementerian kewangan. Katanya di pejabat itu penuh dengan jin. Bila saya tanya siapa punya angkara, menghantar jin-jin itu ke pejabat kewangan, ustaz itu memberi tahu ia dilakukan oleh berbagai jenis manusia. Paling banyak ialah mereka yang cuba melemahkan Najib untuk memberikan mereka projek. Oh...!
“Jin itu masih banyak,” kata ustaz berkenaan sambil menyatakan dia akan dipanggil lagi untuk merawat Najib dari diganggu jin. Sebenarnya cerita ustaz rawat Najib ini terdedah secara tidak sengaja. Ketika dia menunjukkan gambar-gambar pembangunan sekolahnya saya ternampak ada gambar Najib bersamanya. Melihat ini menyebabkan saya bertanya dan ustaz menjawab dia ke rumah Najib. Baca sepenuhnya di msomelayu.

Dato Dr Harun Din dan Dato seri Azizan dimasukan ke hospital IJN..



Salam Sejahtera,

Berita yang baru terbaca,, Timbalan Murshidul AM PAS Dato Dr Haron Din


Dan Dato Seri Azizan Menteri Besar Kedah


telah dimasukan ke Pusat Rawatan Institiut Jantung Negara petang tadi....

Sama-sama kita mendoakan kesehatan dan kesejahteraan mereka berdua....


Sumber dari : msomelayu.

Tahniah - 3 Universiti Negara mendapat tempat tercorot 500 Dunia..



Salam sejahtera,

Berita ini tidah dihebohkan, tidak diwar-warkan menjadi sebagai kebanggaan negara,, Najib dan Muhyidin tak boleh nak buat modal pi jaja kat orang-orang kampung dan felda lagi....



Mendapat tempat 419......





Mendapat tempat 428




Mendapat tempat ke 462...



Kenapa negara kita asyik tewas apa-apa sahaja dengan negara jiran Singapura, Bola kalah, Stesyen keretapi Bukit Cagar senang-senang pi serah kat anak Lee Kwan Yu, Pulau Batu Putih pun tewas nak mempertahankannya,, sehingga universiti tempat pengajian anak-anak kita pun tewas nun jauhh beratus-beratus.. tak larat nak kira.., tolong kira wei......



Tempat ke 85 dalam dunia dan tempat pertama dalam Asia Tenggara...


padanlah anak-anak orang elit semua pakat tak mau belajar di Universiti dalam negara......




Sumber : straitstimes.