Tuesday, August 2, 2011

Putera Mahkota Thai janji bayar RM83.5 juta


GAMBAR fail menunjukkan pesawat Boeing 737 milik Putera Maha Vajiralongkorn yang disita di sebuah lapangan terbang di Munich, selatan Jerman.


BANGKOK - Putera Mahkota Thailand Maha Vajiralongkorn (gambar kecil) berikrar membayar sebanyak AS$28.4 juta (RM83.5 juta) dalam bentuk bon untuk mendapatkan semula sebuah pesawat baginda yang disita di bandar Munich, Jerman ekoran pertelingkahan komersial melibatkan kedua-dua buah negara.
Pejabat Setiausaha Putera Mahkota berkenaan dalam satu kenyataannya kelmarin memberitahu, Vajiralongkorn akan menawarkan bon dana peribadinya kepada sebuah mahkamah di negeri Bavaria, Jerman untuk mengekalkan hubungan diplomatik yang baik antara Jerman dan Thailand.
Sebuah pesawat Boeing 737 milik putera berkenaan dirampas pihak berkuasa Jerman pada bulan lalu kerana kerajaan Thai didakwa berhutang dengan firma pembinaan negara itu, Walter Bau AG yang telah dibubarkan, sejak dua dekad lalu.
Perbuatan menyita pesawat berkenaan mencetuskan kemarahan Kementerian Luar Thailand yang meminta ia dipulangkan semula tanpa sebarang pembayaran dibuat kerana jet berkenaan hak milik peribadi Putera Maha Vajiralongkorn dan bukan milik mana-mana entiti kerajaan. - Reuters

No comments:

Post a Comment