Saturday, March 20, 2010

Pemimpin PKR tutup mulut



KUALA LUMPUR 19 Mac - Pendedahan bekas wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengenai pembohongan penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyebabkan pucuk pimpinan parti itu bertindak menutup mulut daripada memberi sebarang komen.
Pengarah Strategi PKR, Tian Chua ketika dihubungi hari ini memberi alasan tidak boleh mengeluarkan kenyataan kerana tidak sihat walaupun sepanjang dua hari pendedahan Zahrain di Dewan Rakyat, beliau kelihatan begitu cergas dan lantang mempertikaikan setiap fakta bekas Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang itu.
"Saya sekarang kurang sihat dan perlu berehat. Maaf tiada sebarang komen berhubung isu tersebut,'' katanya ketika ditanya mengenai pendirian parti itu sama ada ingin menafikan pendedahan Zahrain atau sebaliknya.
Zahrain pada sidang Dewan Rakyat kelmarin mendedahkan pembohongan Anwar berhubung rancangan Ketua Pembangkang itu untuk menubuhkan kerajaan '16 September' bagi merampas kepimpinan Kerajaan Persekutuan yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN).

No comments:

Post a Comment