Wednesday, April 7, 2010

Laporan polis terhadap Karpal Singh



KUALA LUMPUR 6 April - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang didakwa mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu.
Presidennya, Jais Abd. Karim berkata, kenyataan Karpal yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian semalam, jelas melanggar Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan.
"Kenyataan itu amat bahaya dan boleh menimbulkan perpecahan kaum.
"Kenyataannya itu biadap kerana Perkara 153 itu termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh dipertikaikan," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Sentul di sini hari ini.
Karpal yang juga Pengerusi DAP dalam kenyataannya yang disiarkan oleh akhbar itu semalam antara lain didakwa berkata, bilakah warganegara Malaysia akan mendapatkan hak sama seperti orang Melayu berdasarkan konsep 1Malaysia.

No comments:

Post a Comment