Thursday, June 10, 2010

Belum dapat apa-apa



TAWAI – Penderitaan seorang kanak-kanak, Mohd Thoyip Basori, 4, yang mengidap komplikasi jantung berlubang, ketebalan tidak sama pada bahagian berlubang dan salur injap darah sempit masih tidak mendapat perhatian daripada mana-mana pihak.

Bapanya, Basori Amran berkata, sehingga kini anaknya masih lagi belum menjalani rawatan pembedahan jantung berikutan tidak mampu menampung kos rawatannya yang mencecah RM18,000.

Menurutnya, walaupun penderitaan anaknya pernah tersiar dalam media, namun mereka masih belum menerima bantuan kecuali daripada Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

"Anak saya akan menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) pada Jun ini sekiranya pihak IJN menghubungi kami, kalau tidak ia akan ditunda pada September nanti,” katanya ketika ditemui di kediamannya di kampung Tawai, semalam.

Basori berkata, akibat penyakit itu, anaknya menghadapi masalah kekuningan di bahagian mata dan cepat letih.

"Tanda-tanda seperti lebam pada bibir dan bawah kuku yang muncul ketika Thoyip kepenatan juga lebih ketara berbanding Disember tahun lalu," katanya.

Menurutnya, dia juga pernah berjumpa dengan Yang Berhormat (YB) Shamsul untuk memaklumkan penyakit yang ditanggung anaknya.
"Selepas itu, YB Shamsul minta saya menyerahkan semua dokumen berkenaan penyakit anak saya.

"Saya difahamkan, YB Shamsul akan cuba berhubung a terus dengan pihak IJN bagi membantu urusan itu," katanya.
Manakala, isterinya, Siti Hasnah Din berkata, anaknya juga mula hilang selera makan.

Sementara itu, Shamsul ketika dihubungi semalam mengatakan masalah itu dalam tindakan.

No comments:

Post a Comment