Thursday, June 10, 2010

Tujuh maut lepas militan serang 60 trak dekat Islamabad


HANGUS SEMUANYA: Trak-trak ini dibakar oleh anggota militan di depot dekat Islamabad, Pakistan, semalam. -- Foto AP

10 Jun 2010

LUAR NEGARA




ISLAMABAD: Lelaki bersenjata menyerang sehingga 60 trak membawa bekalan bagi tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di Afghanistan, berhampiran Islamabad, lewat kelmarin.
Serangan itu menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan enam orang cedera.Ini kali pertama serangan serupa itu dilancarkan di kawasan berhampiran ibu negara Pakistan itu.Sebelum ini, kumpulan pengganas Taleban sering menyerang trak yang membawa bekalan untuk tentera asing yang diketuai Amerika Syarikat di kawasan barat laut dan barat daya Pakistan dekat sempadan Afghanistan itu.Namun, serangan berhampiran Islamabad itu belum pernah berlaku.Menurut polis, antara 10 dengan 12 lelaki bersenjata dipercayai membakar trak yang diletak di sebuah depot di Tarnol.'Serangan itu berlaku sekitar 11.35 malam (waktu tempatan) dan kami masih menyiasat bagaimana serangan ini boleh berlaku.'Para penyerang memasuki depot ini dan mula melepaskan tembakan secara rambang,' kata ketua balai polis Tarnol, Encik Shah Nawaz.Menurut Encik Nawaz, selain daripada 60 trak yang hangus terbakar, lagi 80 kenderaan Nato turut mengalami sedikit kerosakan.Serangan itu mencetuskan kebimbangan mengenai keganasan yang semakin meningkat di Pakistan, dengan kumpulan Taleban terus melancarkan serangan bom dan serangan nekad di serata negara.Lewat bulan lalu, anggota militan yang menyokong Taleban telah membunuh lebih 80 orang dalam serangan berani ke atas golongan Ahmadiyya di bandar timur Lahore.Tentera Amerika Syarikat menghantar 75 peratus daripada bekalan bagi perang di Afghanistan melalui Pakistan.Bekalan itu termasuk 40 peratus daripada bekalan minyak untuk askar-askarnya. -- AFP, Reuters.

No comments:

Post a Comment