Wednesday, June 2, 2010

buang bayi lagi lagi


Lagi mayat bayi ditemui



Mayat bayi lelaki yang ditinggalkan di Jalan SS22/48, Damansara Jaya, semalam. - Gambar ihsan Sin Chew


PETALING JAYA 1 Jun - Kes pembuangan bayi bagaikan tidak berkesudahan apabila satu lagi mayat bayi lelaki ditinggalkan di bahu jalan di Jalan SS22/48, Damansara Jaya di sini hari ini.
Bayi lelaki malang itu ditemui oleh orang awam yang melalui jalan tersebut ketika pulang bekerja sebelum memaklumkan kepada polis pada pukul 6.15 petang.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mayat bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu ditemui ditinggalkan di bahu jalan.
Katanya, siasatan awal mendapati, bayi itu yang tidak dibalut dipercayai dilahirkan tidak lebih tiga jam sebelum ditinggalkan di kawasan itu.
"Terdapat kesan darah serta tali pusat pada mayat bayi berkenaan dan kita masih menunggu laporan bedah siasat jika terdapat kecederaan lain.
"Kita tidak menolak kemungkinan suspek yang melakukan jenayah itu merupakan mereka di kawasan berhampiran.
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini malam ini.
Kelmarin, satu mayat bayi perempuan ditemui ditinggalkan di dalam sebuah kotak di perhentian bas di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah, Kulai, Johor.
Tambah Arjunaidi, pihaknya akan menjalankan siasatan termasuk meneliti rekod di semua hospital swasta berhampiran bagi mencari petunjuk.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Balai Polis Damansara ditalian 03-77222222 bagi membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment