Saturday, June 12, 2010

Perwakilan mahu Pas terajui pakatan pembangkang



12/06/2010 4:59pm

KOTA BHARU 12 Jun — Selepas Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuntut parti itu menjadi peneraju pakatan pembangkang bulan lalu, kini perwakilan Pas pula menuntut supaya Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi peneraju pakatan Pas, DAP dan PKR.
Perwakilan Perlis, Wan Khaisal Wan Khazim berkata Menteri Besar Kelantan itu seharusnya dilantik sebagai Mursyidul Am pakatan pembangkang kerana kejayaannya menerajui kerajaan negeri Kelantan selama 20 tahun dan penerimaan baik rakyat daripada pelbagai kaum terhadap pimpinannya.
"Saya merasakan beliau patut menjadi Mursyidul Am kepada Pakatan Rakyat,” katanya semasa membahaskan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Pas ke-56, di sini hari ini.
Dalam hierarki Pas, Mursyidul Am merupakan jawatan tertinggi di dalam parti yang bertindak sebagai penasihat dengan diikuti Timbalan Mursyidul Am dan Presiden.
Kemelut parti mana yang seharusnya menerajui pakatan pembangkang timbul di peringkat akar umbi parti sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli pakatan pembangkang namun kepimpinan tiga parti komponen cuba menutup perkara itu dengan mengatakan ia perlu mendapat persetujuan yang kolektif biarpun sudah dua tahun pilihan raya umum 2008 berlalu. - Bernama

No comments:

Post a Comment