Saturday, July 24, 2010

Tak minat sekolah kebangsaan sebab banyak jadi bodoh bukan makin pandai

Kedudukan sekolah kebangsaan dipersoal

KUALA LUMPUR 22 Julai - Seorang Ahli Dewan Negara mempersoalkan kedudukan sekolah kebangsaan (SK) sekarang berikutan kemasukan murid bukan Melayu dilihat semakin berkurangan.
Senator Datuk Akbar Ali berkata, pada tahun 2000 bilangan murid Cina di SK adalah seramai 50,786 orang manakala India seramai 93,056 dan kaum-kaum lain 60,409 orang.
Menurutnya, bilangan murid Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) pada tahun yang sama adalah 43,147 orang manakala India 8,824 orang dan kaum lain seramai 5,264 orang.
"Selepas 10 tahun iaitu pada tahun ini, di SK bilangan murid Melayu adalah seramai 2,196,051 orang, Cina 27,381 orang, India 72,698 orang dan kaum-kaum lain seramai 45,082 orang.
"Statistik ini jelas menunjukkan bilangan murid bukan Melayu semakin berkurangan di SK iaitu murid Cina menjunam 46 peratus, India menurun 22 peratus dan kaum lain merosot 25 peratus berbanding tahun 2000,'' katanya di lobi Parlimen hari ini.

No comments:

Post a Comment