Tuesday, August 3, 2010

Angka korban meningkat



ASAP tebal kesan daripada kebakaran hutan kini menghampiri kawasan perumahan di bandar Voronezh, kira-kira 500 km ke selatan Moscow, kelmarin. - AP


MOSCOW 2 Ogos - Angka kematian akibat kebakaran hutan terburuk di Rusia dalam tempoh satu generasi meningkat kepada 34 orang ketika pihak berkuasa meneruskan operasi untuk memadamkan kebakaran.
Perdana Menteri Vladimir Putin dijadual mengadakan mesyuarat tergempar dengan gabenor-gabenor dari wilayah yang paling teruk terjejas.
Beliau mengatur mesyuarat itu berikutan kritikan penduduk terhadap pihak berkuasa yang didakwa lambat bertindak untuk mencegah kebakaran daripada merebak minggu lepas.
Jumlah korban terbaru berbanding 30 orang sebelum ini diumumkan oleh ketua pusat pengurusan krisis di Kementerian Kecemasan, Vladimir Stepanov hari ini.
Kementerian tersebut mengerahkan beratus-ratus ribu pekerja kecemasan serta 2,000 askar untuk menangani bencana yang digambarkan oleh Presiden Dmitry Medvedev sebagai sesuatu yang 'berlaku setiap 30 atau 40 tahun'.
Kawasan yang paling teruk terjejas termasuk kawasan di sekitar bandar Nizhny Novgorod, tengah Rusia, di mana beberapa lagi mayat ditemui semalam, di samping kawasan Moscow itu sendiri.
Moscow kembali diselubungi jerebu tebal hari ini, berpunca daripada kebakaran tanah gambut di kawasan desa di sekeliling bandar raya itu.
Rusia yang lebih terkenal kerana cuaca musim sejuknya kini mengalami gelombang cuaca panas paling teruk dalam tempoh berpuluh-puluh tahun, menyebabkan suhu mencapai paras tertinggi dalam sejarah pada bulan lepas.
Kementerian Kecemasan berkata, kebakaran hutan di seluruh negara meliputi kawasan kira-kira 128,000 hektar tetapi situasi kini terkawal meskipun risiko kebakaran merebak masih tinggi.
Sekurang-kurangnya 1,875 buah rumah musnah dalam kebakaran itu, menyebabkan lebih 2,000 penduduk hilang tempat tinggal. - AFP

No comments:

Post a Comment