Sunday, August 22, 2010

Nik Aziz bidas Karpal isu hudud




2010/08/22

KOTA BHARU: Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam mempertikaikan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tidak bersetuju cadangan pemimpin PAS itu bahawa pelaksanaan hukum hudud cara terbaik mengatasi masalah jenayah dan sosial di negara ini.

Mursyidul Am Pas itu turut hairan dengan sikap Karpal yang disifatkannya berbeza dengan kebanyakan pemimpin DAP yang terpelajar dan intelektual serta memahami perjuangan PAS memperjuangkan undang-undang Islam berkenaan.Sehubungan itu, Nik Aziz menyuarakan kesediaan bertemu Karpal bagi menjelaskan perkara itu.“DAP (cuma dia) seorang, kita nak tahu kenapa dia tolak (undang-undang hudud)... adakah menganiaya orang, mereka tidak pernah berdepan dengan orang PAS, dia duduk di sana, kita duduk di sini, tak pernah berdepan.

“Orang begini payah. Bagaimanapun kita akan membuat penerangan secara umum. Ia masalah (kenyataan) peribadi, (pemimpin) DAP lain senyap, (pemimpin) DAP adalah orang berpelajaran dan intelektual, mereka faham.

“Jika Karpal mahu berjumpa saya, Alhamdulillah... tetapi saya nak jumpa dia agak susah sikit, saya banyak kerja,” katanya di rumahnya di sini, semalam.
Semalam, akhbar melaporkan Karpal tidak bersetuju dengan cadangan Nik Aziz bahawa cara terbaik untuk menangani masalah jenayah dan sosial ialah dengan meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud. 

No comments:

Post a Comment