Tuesday, October 26, 2010

Abdul Gani: Kes 15 portal fitnah didakwa sejak 2005-2010



KUALA LUMPUR 25 Okt. - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan sebanyak 15 kes blog dan portal yang menyiarkan fitnah dan tuduhan palsu telah didakwa sejak tahun 2005 hingga 2010.
Beliau berkata, kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang disiarkan oleh Utusan Online pada 22 Oktober lalu yang bertajuk 15 kes blog sebar fitnah dirujuk Peguam Negara adalah tidak tepat.
"Kesemua kes tersebut sebenarnya adalah merujuk pada jumlah kes yang telah didakwa bagi tahun 2005 sehingga 2010,'' katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini.
Menurut beliau, kenyataan itu menyatakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah melengkapkan siasatan terhadap 15 kes melibatkan blog dan portal yang dikatakan menyiarkan fitnah dan tuduhan palsu.
"Ia juga menyatakan kesemua kes tersebut telah dirujuk kepada Peguam Negara untuk memulakan pendakwaan," jelasnya.
Jumaat lalu, Utusan Online menyiarkan kenyataan Rais mengenai SKMM serta polis telah melengkapkan siasatan terhadap 15 kes melibatkan blog dan portal yang dikatakan menyiarkan fitnah dan tuduhan palsu.

No comments:

Post a Comment