Wednesday, November 10, 2010

Anwar tidak tunduk desakan


KUALA LUMPUR 9 Nov. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan tunduk dengan desakan Datuk Zaid Ibrahim supaya keluar daripada PKR kerana ia hanya pandangan peribadi bekas calon Timbalan Presiden itu.
Sebaliknya, Anwar berkata, beliau sedia mempertimbangkan berbuat demikian sekiranya desakan itu daripada konsensus di kalangan kepimpinan parti.
"Itu pandangan dia. Namun, jika ada konsensus daripada kalangan pimpinan saya akan timbang tetapi dalam perkara ini, tidak pernah saya dengar lagi. Ini kali pertama saya dengar daripada Datuk Zaid," katanya di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Zaid yang mahu Anwar dan Naib Presiden PKR, Azmin Ali berundur daripada PKR kerana mereka dikatakan punca kepada segala masalah dalam parti.

No comments:

Post a Comment