Tuesday, November 23, 2010

Operasi menyelamat terlalu bahaya



GREYMOUTH - Usaha mencari dan menyelam:at 29 lelaki yang terperangkap di dalam sebuah lombong arang batu di New Zealand terpaksa ditangguhkan disebabkan isu keselamatan akibat kewujudan gas bertoksik, semalam. 

Pegawai bantuan kecemasan mengumumkan keadaan masih belum selamat untuk petugas memasuki lombong runtuh itu dan enggan meletakkan sebarang jangkaan masa mengenai operasi tersebut. 

Pihak berkuasa negara itu turut mengumumkan satu lubang baru perlu digerudi untuk menguji kualiti udara di dalam lombong, menyebabkan operasi mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan sementara. 

Lubang baru itu akan digerudi sehingga kedalaman 150 meter dan operasi itu dijangka mengambil masa sehingga 24 jam. 

Tiada sebarang perhubungan berjaya dibuat dengan pelombong yang terperangkap sejak satu letupan berlaku di lombong itu dipercayai berpunca daripada pembentukan gas metana secara semula jadi, Jumaat lalu. 

Kawasan sekitar lombong mula dipenuhi dengan kaum keluarga mangsa yang berumur antara 17 dan 62 tahun, termasuk warga Britain, Australia dan Afrika Selatan. 

Tidak dapat dipastikan sama ada semua lelaki yang terperangkap di Lombong Pike River itu masih hidup.

No comments:

Post a Comment