Monday, January 17, 2011

Kecoh Madonna dibayar RM194,280 untuk ke kelab malam Aura



LONDON - Kelab malam Aura di Mayfair mencetuskan persoalan sama ada ia membayar sebanyak £40,000 (RM194,280) kepada penyanyi terkenal, Madonna yang mengunjungi kelab malam itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Sumber dalam industri kelab malam memberitahu akhbar Mail On Sunday bahawa ahli-ahli rombongan yang mengunjungi kelab malam Aura bersama-sama penyanyi itu telah dibayar dengan sejumlah wang di dalam sampul.
Pemberian wang tersebut diyakini berlaku tanpa pengetahuan penyanyi yang berusia 52 tahun itu kerana salah seorang rakannya memberitahu bahawa Madonna berasa tidak selesa jika dia dibayar untuk muncul di kelab malam berkenaan.
Menurut satu sumber, salah seorang rakan penyanyi itu menerima sebanyak £10,000 (RM48,570) kerana membawa Madonna kembali ke kelab malam itu.
Bagaimanapun, bayaran itu dikatakan untuk diagihkan kepada 25 orang penari yang akan menghiburkan Madonna untuk bergembira di Aura.
Dalam industri kelab malam, para selebriti akan dibayar oleh pihak pengurusan kelab kelab malam jika mereka membuat kemunculan walaupun tanpa melakukan sebarang persembahan.
Dua minggu lalu Madonna dilaporkan berbincang dengan taikun Malaysia, Datuk Seri Tony Fernandez yang merupakan pemegang saham terbesar kumpulan kelab malam Aura.
Perbincangan itu dikatakan mengenai sama ada Madonna akan membeli saham kelab malam tersebut. - Agensi

No comments:

Post a Comment