Wednesday, March 16, 2011

Amerika hantar pakar nuklear bantu tangani kerosakan reaktor




MENCARI TANDA-TANDA BERNYAWA: Pasukan Pertahanan Awam Jepun masih mencari orang hilang di desa Noda di wilayah Iwate. Jepun masih bergelut dengan kerosakan harta dan kehilangan jiwa akibat gempa dan tsunami, kini berdepan dengan kesan meluas daripada kerosakan nuklear pula. -- Foto AFP



GEMPA DAN TSUNAMI DI JEPUN


WASHINGTON: Suruhanjaya Pengawalan Nuklear Amerika Syarikat (NRC) kelmarin menghantar lapan pakar dan pengurus tambahan ke Jepun bagi membantu menangani kerosakan di loji nuklearnya.
California pula kini memantau krisis itu dengan dekat tetapi para pegawai cuba tidak mengheboh-hebohkan ancaman kesihatan bagi penduduk di pantai barat Amerika, jika awan radioaktif melintasi Lautan Pasifik.NRC, yang pada Sabtu lalu menghantar dua pakar nuklear ke Jepun, menyahut seruan Tokyo agar memberikan bantuan teknikal di beberapa loji nuklear yang rosak akibat gempa bumi yang kuat dan tsunami minggu lalu.'Pasukan itu termasuk pakar-pakar reaktor tambahan, kakitangan profesional dalam hal antarabangsa, dan seorang pengurus kanan dari satu daripada empat rantau beroperasi NRC,' kata kenyataan agensi itu.Pakar-pakar pertama pasukan itu dijangka tiba di Tokyo hari ini.Pasukan itu diarahkan supaya menilai langkah-langkah menghentikan reaktor-reaktor di Jepun itu; memahami kesan sebarang pelepasan keradioaktifan yang mungkin terjadi terhadap manusia dan persekitaran; dan memberikan sokongan dan nasihat teknikal.Awal kelmarin, pemerintah Jepun telah meminta bantuan Amerika secara rasmi.Awal sebelum itu, pasukan pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Vienna berkata Jepun telah meminta bantuan daripada pasukan pakarnya.Sejurus selepas satu gempa kuat yang melanda Jepun Jumaat lalu dan merosakkan loji nuklear Fukushima yang terletak 250 kilomter dari Tokyo itu, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah menawarkan bantuan secara rasmi kepada kerajaan Jepun.Kerosakan di loji nuklear itu mungkin menerbitkan awan yang akan melintasi Lautan Pasifik hingga ke pantai barat Amerika.Namun, paras radioaktif itu mungkin tidak begitu tinggi hingga boleh menyebabkan masalah kesihatan besar, kata NRC.Ada pakar yang tidak setuju, tetapi NRC berkata pulau Hawaii di Lautan Pasifik juga tidak begitu terancam.Jabatan Kesihatan Awam California berkata ia sedang 'memantau situasi itu' dan menarik perhatian kepada Program Tindakan Kecemasan Nuklear yang telah membariskan langkah-langkah jika ada insiden nuklear.Wilayah di barat Amerika itu telah menyimpan stok bagi kecemasan seperti itu termasuk pil-pil kalium iodida yang boleh menghalang beberapa jenis radiasi, di satu kawasan berhampiran loji nuklear San Onofre dekat San Diego, kata para pegawai. -- AFP.
Cyberita Online

No comments:

Post a Comment