Wednesday, March 16, 2011

Teheran kecam, Amerika waspada





2011/03/16

RAKAMAN televisyen menunjukkan konvoi tanpa sebarang tanda dengan kenderaan perisai berwarna perang melintasi wilayah timur Arab Saudi memasuki Bahrain, semalam.
RAKAMAN televisyen menunjukkan konvoi tanpa sebarang tanda dengan kenderaan perisai berwarna perang melintasi wilayah timur Arab Saudi memasuki Bahrain, semalam.
Bantu Bahrain tangani prodemokrasi

MANAMA: Iran mengecam, manakala Amerika Syarikat semalam menggesa tentera asing yang memasuki Bahrain kelmarin agar tidak bertindak keterlaluan dalam membantu Manama menangani penunjuk perasaan prodemokrasi.
Tentera bersenjata Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu kelmarin memasuki Bahrain di atas permintaan Manama, memaksa pemantauan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Amerika Syarikat.
Rakaman televisyen menunjukkan konvoi tanpa sebarang tanda dengan kenderaan perisai berwarna perang melintasi Wilayah Timur Saudi memasuki Bahrain, yang turut menempatkan Armada Kelima tentera laut Amerika Syarikat.

Kerajaan Arab Saudi berkata, ia menyambut gesaan bantuan dari negara jirannya itu ketika pasukan tentera negara Teluk menyertai Pasukan Pelindung Semenanjung melintasi lebuh raya memasuki Bahrain.

“Majlis menteri mengesahkan mereka menerima permintaan Bahrain sebagai sokongan,” kata Kerajaan Arab Saudi dalam satu kenyataan yang disiarkan melalui agensi berita tempatan SPA.

Di bawah satu perjanjian Majlis Kerjasama Teluk (GCC) enam negara, mana-mana masalah membabitkan keselamatan sesebuah negara anggota dikira sebagai membabitkan keselamatan semua anggota,” katanya.
Emiriah Arab Bersatu berkata, ia turut menghantar sejumlah 500 polis untuk membantu mengurangkan ketegangan, kata Menteri Luar, Sheikh Abdullah bin Zayed al-Nahayan.

Tidak dapat dipastikan jika ahli GCC lain seperti Kuwait, Oman dan Qatar juga akan menyertai misi terbabit.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Ramin Mehmanparast, berkata kehadiran tentera asing di negara pulau Teluk itu tidak boleh diterima dan menyulitkan lagi keadaan.

Di Paris, pegawai AS yang bersama rombongan Hillary Clinton berkata, Setiausaha Negara AS itu memberitahu Menteri Luar Emiriah Arab Bersatu bahawa Washington yakin penyelesaian di Bahrain perlu dilakukan melalui perubahan politik dan bukan tindakan ketenteraan. – AFP/Reuters
Berita Harian Online

No comments:

Post a Comment