Wednesday, March 16, 2011

Hassan Skodeng lepas tuduhan buat komen palsu

Kosmo!

Irwan

KUALA LUMPUR - Seorang blogger, Hassan Skodeng atau nama sebenarnya, Irwan Abdul Rahman dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan membuat dan memulakan penghantaran komen palsu berhubung artikel mengenai Tenaga Nasional Berhad (TNB) di laman blog miliknya.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz memutuskan demikian terhadap Editor Eksekutif ruangan Lifestyle & Entertaiment akhbar The Malay Mail itu selepas dimaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara bersetuju menarik balik tuduhan terhadapnya.

Perkara itu dimaklumkan peguam kepada Irwan, 37, iaitu Jahaberdeen Mohamed Yunos semasa sebutan kes itu semalam.

Menurut Jahaberdeen, pihaknya telah menghantar satu representasi kepada Jabatan Peguam Negara pada 23 September tahun lalu supaya menyemak balik tuduhan yang dikenakan terhadap anak guamnya."

No comments:

Post a Comment