Saturday, March 5, 2011

Askar Gaddafi lancar serangan udara

Pemberontak gesa lancar bantahan baru di Tripoli
AJDABIYA (Libya): Pasukan-pasukan Libya telah melancarkan serangan udara ke pinggir bandar Ajdabiya yang dikuasai pemberontak semalam, sedang pembangkang menyeru diadakan bantahan-bantahan baru di ibu kota Tripoli.
Presiden Barack Obama bagi Amerika Syarikat berkata semua pilihan bagi menggulingkan Encik Muammar Gaddafi kini dipertimbangkan, sedang anak lelaki orang kuat Libya itu mendakwa bahawa serangan-serangan udara ke atas kawasan-kawasan dikuasai pemberontak hanya untuk menakut-nakutkan mereka.Walaupun pihak tentera Amerika telah menyatakan keraguan mereka tentang satu zon larangan terbang, Encik Obama berkata langkah itu antara 'banyak' lagi pilihan.Encik Obama juga telah menuntut supaya Encik Gaddafi 'lepaskan kuasanya dan pergi'.Pasukan yang masih setia dengan Encik Gaddafi, yang telah 41 tahun memerintah negara yang kaya minyak itu, telah mengebom beberapa kawasan dikuasai pemberontak di timur.Ribuan penduduk pula kelam-kabut cuba melarikan diri dari negara itu.Serangan terbaru semalam disasarkan kepada satu pangkalan tentera di pinggir Ajdabiya tetapi tidak menyebabkan kerosakan atau kecederaan, kata pemberontak.Berek-berek tentera di pinggir Ajdabiya menjadi sasaran berulang-ulang sejak pemberontakan itu bermula.Pemberontak dapat melawan satu serangan di Brega pada awal pagi Rabu lalu dalam satu pertempuran ketenteraan pertama sejak pemberontakan itu.Satu lagi serangan bom berlaku awal kelmarin tetapi tidak menyebabkan banyak kerosakan.Anak Encik Gaddafi, Encik Seif Al-Islam, memberitahu Sky News Britain bahawa serangan-serangan udara itu hanya untuk menakut-nakutkan pemberontak dan bukan untuk menimpakan kerosakan, walaupun terdapat laporan ada juruterbang yang enggan membunuh teman senegara mereka secara sengaja melepaskan bom di tempat yang bukan sasaran.'Ini pusat minyak dan gas Libya,' kata Encik Seif Al-Islam, sambil berikrar rejim itu akan buat apa sahaja bagi menakluki Brega.'Kami semua, kami makan, kami hidup sebab ada Brega. Tanpa Brega, enam juta orang tiada masa depan kerana kami mengeksport semua minyak kami dari situ,' tambahnya.Kumpulan pembangkang Libya kini menguasai beberapa bahagian di timur dan barat Libya termasuk Benghazi dan beberapa pusat minyak utama. Encik Gaddafi tetap menguasai Tripoli.Namun pegangan kuatnya ke atas ibu kota itu akan tercabar berikutan seruan-seruan pembangkang agar membuat perhimpunan bantahan selepas solat Jumaat semalam, menurut kenyataan di laman Facebook dan Twitter oleh warga Libya di luar negara.Lebih 100,000 orang telah melarikan diri daripada keganasan di Libya yang telah membunuh lebih 1,000 orang, menurut anggaran konservatif PBB.Encik Obama dalam satu sidang akhbar di Rumah Putih berkata 'keganasan dahsyat' Gaddafi ke atas rakyatnya menunjukkan beliau sudah tidak layak memerintah dan harus pergi.Encik Obama juga berkata beliau tidak mahu lagi pilihan-pilihannya 'dilumpuhkan' dan mengesahkan satu zon larangan terbang sedang dipertimbangkan.Sementara itu, agensi pelarian PBB semalam berkata pasukan-pasukan rejim yang lengkap bersenjata sedang mengawal sempadan Libya dan Tunisia dan kurang 2,000 orang yang berjaya melarikan diri ke seberang kelmarin.'Dalam beberapa hari lepas, antara 10,000 dengan 15,000 orang berjaya menyeberang ke Tunisia tetapi semalam (Khamis), hanya 2,000 yang berjaya melepasi sempadan,' kata jurucakap pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian, Cik Melissa Fleming. -- AFP.Cyberita Online Luar Negara

No comments:

Post a Comment