Saturday, March 5, 2011

Polis Turki tahan 10 wartawan, penulis



DITAHAN: Seorang wartawan penyiasatan utama akhbar Milliyet, Encik Nedim Sener, melambai-lambaikan tangannya selepas ditahan polis di Istanbul, Turkey, kelmarin, dalam satu tindakan keras terhadap apa yang dikatakan satu komplot cuba menjatuhkan pemerintah. -- AP


KOMPLOT CUBA JATUHKAN PEMERINTAH
ISTANBUL: Polis Turkey telah menahan 10 wartawan dan penulis selepas menggeledah rumah mereka kelmarin, meluaskan lagi satu penyiasatan tiga tahun terhadap apa yang disyaki satu komplot cuba menjatuhkan pemerintah itu, kata media.
Persatuan Wartawan Turkey berkata penahanan itu merupakan ancaman ke atas kebebasan akhbar dan menimbulkan rasa takut dalam negara calon Kesatuan Eropah (EU) itu.Satu waran tangkapan juga telah dikeluarkan ke atas seorang lelaki ke-11, seorang pegawai perisikan yang rumahnya antara yang digeledah di Ankara dan Istanbul. Namun beliau tidak dapat ditahan kerana berada di luar negara, kata agensi berita milik negara, Anatolian, itu.Polis melakukan serbuan itu dua minggu selepas tiga wartawan ditahan sementara menanti perbicaraan atas tuduhan ada kaitan dengan satu kumpulan ultra-nasionalis, Ergenekon, yang dituduh cuba menjatuhkan pemerintah pada 2003.Ratusan orang, daripada pegawai tentera kepada ahli akademik dan ahli politik, kini dibicarakan atas apa yang disyaki satu siri komplot.Hal ini membayangkan rasa syak antara badan sekular itu dengan Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) Perdana Menteri, Encik Tayyip Erdogan.Pengkritik berkata parti itu cenderung kepada Islam dan penyiasatan itu disasarkan kepada pembangkang tetapi Encik Erdogan kelmarin berkata penahanan itu tiada kena-mengena dengan pemerintah.Polis telah menahan 19 orang yang membantah penahanan itu di hadapan bangunan Parti AK di Ankara kelmarin, lapor Anatolian.Persatuan Wartawan Turkey berkata 60 wartawan ditahan di Turkey dan 2,000 wartawan didakwa. Ia menyeru agar undang-undang diubah bagi memudahkan kerja mereka.Encik Erdogan telah menyelar pemimpin pembangkang utama, Encik Kemal Kilicdaroglu, kerana menyokong pembela Ergenekon itu.Namun Encik Kilicdaroglu mengulangi keprihatinannya kelmarin.'Jika rumah wartawan digeledah pagi-pagi lagi tanpa sebab yang nyata, nampaknya demokrasi di Turkey perlu dipersoalkan,' katanya.Parti AK dijangka memenangi penggal ketiga dalam pilihan raya parlimen Jun ini. -- Reuters.Cyberita Online Luar Negara

No comments:

Post a Comment