Wednesday, April 6, 2011

Malaysia sudah jadi negara tidak berakhlak: Harussani

SH: "

KUALA LUMPUR - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan Malaysia kini menjadi negara tidak berakhlak dan tidak bermoral susulan tindakan membenarkan rakaman dan gambar pelakuan aksi seks didedahkan kepada umum menerusi media.

Harussani berkata, tindakan mengaibkan seseorang melalui pendedahan rakaman video seks adalah haram di sisi Islam.

“Buka rahsia dan aib orang adalah haram, kalau nak tuntut keadilan tuntut di mahkamah... bukan dengan dedahkannya kepada umum. Negara sekarang dah jadi negara yang tak berakhlak... dah jadi tidak bermoral, kenapa jadi macam ini? Kalau nak bawa ke mahkamah, tapi sekarang pun kita belum dapat pastikan lagi siapa dalam video itu,” katanya di sini.

Justeru beliau menggesa semua pihak berhenti daripada membangkitkan isu itu.

“Hentikan, hentikan... buat apa nak cakap benda aib orang lain ini. Buktikan di mahkamah kalau nak cakap, biar mahkamah tentukan.

'Tapi ia belum pasti boleh buktikan kerana orang yang buat pertuduhan kena bawa empat orang saksi kalau tidak dia boleh dikenakan hukuman qazaf iaitu sebat 80 kali, benda ini tidak jelas... saya dah tengok akhbar hari ini, gambar lelaki dalam video itu tidak jelas dan tiada siapa yang boleh buktikan ia adalah Anwar,” katanya."

No comments:

Post a Comment