Wednesday, April 20, 2011

Tanpa baja boleh tumbuh sebesar ini!


LUAR BIASA: Seorang kanak-kanak, Mohd Fikri, berdiri di sebelah labu air raksasa yang ditanam datuknya, Encik Hashim, di Endau. -- Foto BHM


ENDAU (Johor): Seorang tukang urut terkejut apabila mendapati labu air yang ditanamnya sejak enam bulan lalu mengeluarkan buah yang mencapai dua meter panjang.
Encik Hashim Jamil, 68 tahun, yang memperoleh benih sayuran berkenaan daripada seorang rakannya di Tanjung Karang, Selangor, tidak pernah menyangka tanamannya akan mengeluarkan buah yang terlalu panjang.Katanya, pokok asal labu itu itu mengeluarkan buah yang sama seperti labu air lain.Namun, pokok yang ditanamnya agak pelik kerana meskipun tidak dibaja, ia mengeluarkan buah panjang, sehingga ada yang mencecah dua meter.'Pembesaran labu air ini juga begitu cepat kerana membesar dalam tempoh dua minggu saja. Pokok ini juga mengeluarkan 20 buah, yang semuanya mempunyai saiz luar biasa,' katanya. -- BHM, cyberita

No comments:

Post a Comment