Wednesday, April 20, 2011

Wilayah ditawar bantuan




SEMUA RANAP: Seorang penduduk di bandar Askewville, North Carolina, mencari barangan yang boleh ‘diselamatkan’ daripada rumahnya yang runtuh dilanda puting beliung. -- Foto AFP


PUTING BELIUNG LANDA AMERIKA
RALEIGH (Amerika Syarikat): Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, telah menawarkan bantuan federal kepada wilayah yang dilanda puting beliung, yang mengorbankan 44 orang.
Sebanyak 267 puting beliung melanda 15 negeri sejak Sabtu lalu, menyebabkan kerugian besar kepada penduduk apabila beratus-ratus rumah rosak atau musnah.Selain kehilangan hampir semua harta benda, sebilangan mereka kehilangan rumah yang tercabut akibat ditiup angin kencang.Gabenor North Carolina, Cik Beverly Perdue, yang menyifatkan puting beliung itu bencana paling teruk yang pernah melanda negeri itu sejak 1984, berkata pegawai federal telah bersetuju mempercepatkan usaha menyalurkan dana federal bagi membantu dalam usaha pemulihan.Jurucakap Rumah Putih, Encik Jay Carney berkata:'Presiden telah menghubungi Gabenor Perdue dan Gabenor (Alabama) (Encik Robert) Bentley untuk mengucapkan takziah dan memaklumkan mereka bahawa pemerintah federal bersedia melalui Agensi Pengurusan Bencana Federal membantu dalam usaha pemulihan bencana.'Puting beliung mula melanda Oklahoma pada Khamis lalu, dengan hampir semua bangunan di sebuah bandar kecil dengan 350 penduduk ranap.Ia kemudian membadai wilayah Deep South termasuk Alabama, Georgia, Louisiana, Mississippi dan Carolina Selatan sebelum bergerak menuju ke Carolina Utara hingga ke Virginia sebelum menuju ke laut.Seorang penduduk di Dunn, Carolina Utara, Encik Jonathan Robinson, berkata ketika puting beliung mula membadai rumah bergerak miliknya, beliau mendukung anak lelaki sepupunya, Ayden, yang berusia tiga bulan berlindung dalam sebuah peti di bilik tidurnya.'Malangnya ketika hendak melompat masuk ke dalam peti itu angin puting beliung yang amat kuat memecahkan rumah menyebabkan Ayden terlepas daripada pegangan saya dan diterbangkan ke udara,' katanya.Encik Robinson berkata, selepas puting beliung reda, beliau bersama anggota keluarganya segera menggali runtuhan untuk mencari Ayden, yang kemudian ditemui selamat.Cik Audrey McKoy, yang tinggal dekat Bladen County pula sedang berehat apabila puting beliung membadai rumah mereka.'Ia kelihatan seperti dalam filem The Wizard of Oz,' katanya.Pegawai pengurusan kecemasan melaporkan puting beliung memusnahkan 60 buah rumah dan merosakkan lebih 400 yang lain.Lebih 30,000 kediaman dan peniaga di North Carolina masih terputus bekalan elektrik semalam. -- AFP, AP, cyberita

No comments:

Post a Comment