Thursday, May 5, 2011

CIA eksploit maklumat risikan – Pakistan



ISLAMABAD 4 Mei – Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat telah mengeksploitasi peranan mengetuai perisikan yang diberikan Pakistan untuk mengenal pasti dan menyerbu Osama bin Laden.
Fakta itu turut diakui Presiden AS, Barack Obama dan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton dalam kenyataan mereka, kata Kementerian Hal Ehwal Luar Pakistan di Islamabad dalam satu kenyataan media di sini kelmarin.
Menurut kenyataan itu, CIA dan beberapa agensi perisikan lain telah memperolehi manfaat besar hasil perisikan Perkhidmatan Perisikan Dalaman Pakistan (ISI) yang telah memperolehi beberapa kejayaan menentang al-Qaeda dan dalam memerangi pengganas.
Katanya, terdapat juga banyak perbahasan mengenai kawasan sasaran, terutamanya temboknya kediaman rumah agam yang diserbu oleh AS itu tinggi dan kawasan sekitarnya sama seperti kediaman Tentera Pakistan.
Persoalan turut timbul mengenai anggota keluarga Osama, keselamatan mereka perlu dijamin sesuai dengan undang-undang, tambah kenyataan itu.
Katanya, ada antara mereka yang memerlukan rawatan dan dirawat di kemudahan perubatan terbaik.
‘‘Mengikut dasar kami, mereka akan diserahkan kepada negara asal mereka,’’ tambah kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, Pakistan sedar tanggungjawabnya kepada masyarakat antarabangsa dan telahpun memberi kerjasama penuha dalam semua usaha memerangi keganasan termasuk pertukaran maklumat perisikan.

No comments:

Post a Comment