Thursday, May 5, 2011

Nenek ganja dipenjara


REDWOOD CITY: Dua wanita warga emas California dipenjara selepas bersalah menanam ratusan pokok ganja di rumah mereka di San Bruno, kata pihak berkuasa semalam. Digelar sebagai ‘nenek ganja’, Aleen Lam, 72, dan Virginia Chan Pon, 65, diberkas Jumaat lalu.
Pegawai mahkamah San Mateo, Steve Wagstaffe, berkata polis menerima aduan orang awam mengenai kes kecurian di sebuah rumah.

Apabila tiba di rumah berkenaan, katanya, polis mendapati pintu depannya dipecahkan, tetapi tiada sesiapa di dalam rumah.

“Melalui pintu yang pecah ditendang itu, polis ternampak pasu ditanam ganja di dalamnya,” katanya.

Selepas mendapat waran geledah, polis menemui 800 pokok ganja, wang lebih RM8,900 dan sambungan haram elektrik.

Lam dan Pon mengaku tidak bersalah. - AP

No comments:

Post a Comment