Thursday, May 12, 2011

Fergie sedih tak dijemput


LOS ANGELES: Bekas isteri Putera Andrew, Sarah Ferguson atau terkenal dengan singkatan 'Fergie' mengaku sukar menerima bahawa beliau tidak diundang ke majlis perkahwinan diraja berlangsung bulan lalu. 


Dalam satu temu bual dengan Oprah Winfrey, beliau mengakui ia lebih daripada menyakitkan kerana turut membabitkan memori perkahwinan beliau sendiri di Westminster Abbey, tempat Putera William dan Kate Middleton berkahwin pada 29 April.
“Saya tidak diundang dan saya memilih untuk pergi dan berada di Thailand di satu tempat dipanggil Camelia dan saya dikelilingi hutan,” kata wanita berusia 51 tahun dalam satu temubual yang disiarkan Rabu dipetik majalah People.
“Keadaan tidak dihiraukan itu sungguh sukar kerana saya mahu berada di sana bersama anak perempuan saya dan mengenakan pakaian kepada mereka serta pergi sebagai satu keluarga. 

“Ia juga sukar kerana pengantin perempuan terakhir di situ adalah saya,” katanya. 

Ferguson sekian lama dilihat sebagai memalukan kepada keluarga diraja itu, terutama pada tahun lalu apabila beliau dilaporkan dalam sebuah akhbar cuba mendapatkan wang kepada pihak yang mahu mendekati bekas suaminya. – AFP
bharian

No comments:

Post a Comment