Thursday, May 12, 2011

Gaddafi muncul di kaca televisyen Libya


SIARAN televisyen Libya awal hari ini menyiarkan rakaman video menunjukkan Muammar Gaddafi muncul kali pertama selepas dikaitkan dengan khabar angin bahawa beliau turut terkorban atau cedera akibat serangan NATO terhadap kediamannya, di Tripoli, 30 April lalu. Video menunjukkan pemimpin Libya itu sedang mengadakan mesyuarat dengan pemimpin etnik, dengan Gaddafi memakai cermin mata hitam dan jubah hitam. - Foto AFP

TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi akhirnya muncul di kaca televisyen negara itu hari ini selepas beberapa minggu tidak berbuat demikian terutama selepas serangan NATO yang mengorbankan anak lelaki dan cucunya pada 30 April lalu. 


Gaddafi muncul hanya beberapa minit saja dengan kamera merakamkan gambarnya dari jarak jauh ketika beliau sedang duduk bersama beberapa pemimpin etnik negara itu.
Gaddafi bagaimanapun tidak bercakap dalam rakaman itu.
Pemimpin Libya itu tidak kelihatan atau tiada berita mengenainya sejak serangan NATO di kediamannya yang menyebabkan anaknya, Seif al-Arab Gadhafi terkorban. 

Sejak serangan itu, khabar angin merebak menyatakan Gaddafi turut cedera atau terbunuh dalam serangan itu. 

Bagaimanapun dengan penyiaran rakaman video mengenai Gaddafi itu, ia sekali gus melenyapkan tanggapan bahawa pemimpin Libya itu sudah terkorban. 

Malah, untuk menguatkan bukti Gaddafi masih hidup, lensa kamera rakaman mendekati satu siaran televisyen yang berhampiran Gaddafi yang menunjukkan Rabu, 11 Mei. - AFP 

No comments:

Post a Comment