Wednesday, May 4, 2011

Lebih $3,000 lesap dek kenalan di Facebook




TERMENUNG SAMBIL GIGIT JARI: Cik Siti menunjukkan profil Harry Walsh di laman sosial Facebook. -- Foto KHALID BABA


SINGAPURA
Wanita dakwa ditipu 'mat salih' yang mengaku dirinya sebagai pengarah syarikat kapal

Oleh
Safhras Khan

BELIAU menghidap barah rahim dan hidup sendirian.
Hidup Cik Siti (bukan nama sebenar) terumbang-ambing menanggung masalah peribadi.Apabila seorang lelaki 'mat salih' melahirkan hasrat untuk berkenalan dan berkahwin dengannya melalui laman sosial Facebook, Cik Siti, 40 tahun, tidak berfikir panjang.Ini termasuk memberi wang sebanyak $3,686 kepada lelaki tersebut yang dikenali sebagai Harry Walsh.Cik Siti berkata Walsh sering mengucapkan kata-kata manis dan melahirkan niatnya untuk berkahwin.'Dia kata dia seorang pengarah kapal dengan syarikat A.P Moller-Maersk Group yang berpangkalan di England. Kami berhubung melalui e-mel, telefon dan SMS.'Dia kemudian berkata salah sebuah daripada kapalnya mungkin rosak dek ombak tsunami atau mungkin telah dirompak oleh lanun,' katanya.Cik Siti mendakwa Walsh meminta tolong agar beliau mendapatkan sebuah kotak yang mengandungi dokumen dan wang yang tersimpan di dalam kapal tersebut.Cik Siti bersetuju membantunya.Namun selepas mengirim wang kepadanya melalui Western Union, Cik Siti tidak menerima khabar berita lagi daripadanya.Ketika ditemui di kawasan barat Singapura baru-baru ini, Cik Siti berkata Walsh menghantar e-mel kepadanya pada 28 Februari lalu.Dalam e-mel tersebut, Walsh berkata kapalnya berada di Malaysia dan meminta kekasihnya membayar cukai supaya kotak yang mengandungi wang dan dokumen itu dapat dilepaskan.'Dia merayu agar saya membantunya dan menghantar wang kepada sebuah syarikat di Malaysia sebagai bayaran cukai,' kata Cik Siti.Wang tersebut, menurut Cik Siti, harus dikirimkan kepada Contract Links Organization Malaysia.Cik Siti kemudian menghantar wang sebanyak $1,638 pada 16 Mac.Beliau kemudian menerima e-mel daripada syarikat tersebut pada 17 Mac, yang meminta agar Cik Siti membayar lebih banyak wang sebagai pembayaran pentadbiran.E-mel tersebut menyatakan mereka memerlukan bayaran tambahan kerana kotak tersebut mengandungi wang.Ditanya kenapa beliau tidak mengesyaki sesuatu pada waktu itu, Cik Siti berkata: 'Harry pandai memujuk dan pandai menyusun kata-kata. Dia memujuk saya melalui e-mel dan berkata dia perlukan dokumen dan wang tersebut.'Cik Siti akhirnya bersetuju menitip tiga bayaran kepada syarikat tersebut yang berjumlah $2,036 pada 18 hingga 22 Mac lalu.'Saya ingat dah selesai jadi saya tunggu tetapi barang-barang yang dijanjikan tidak timbul. Itu yang membuat saya sedar saya telah ditipu,' katanya.Cik Siti kemudian meminta bantuan seorang kenalannya di Malaysia untuk mengesan Contract Links Organization Malaysia tetapi syarikat itu tidak wujud.Cik Siti telah pun membuat laporan polis. Namun beliau enggan menghubungi Walsh.'Saya pasti dia seorang penipu. Saya hanya ingin membantu wanita-wanita lain daripada terkena tipu daya Harry,' katanya.Menurut Cik Siti beliau berjaya menyelamatkan dua wanita Singapura daripada ditipu Walsh melalui Facebook.Cik Siti mendakwa menghubungi mereka kerana tahu mereka berhubungan dengan Walsh.Beliau berkata beliau akan terus membantu wanita-wanita di laman Facebook.cyberita

No comments:

Post a Comment