Wednesday, May 4, 2011

Mayat pelakon, bekas model Playboy ditemui


MAYAT Yvette ditemui di rumahnya yang terletak di Beverly Hills, Carlifornia.


BEVERLY HILLS, California - Mayat aktres yang membintangi filem Attack Of The 50 Foot Woman, Yvette Vickers, 82, ditemui di rumahnya dipercayai meninggal dunia sejak beberapa bulan lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Yvette yang pernah bergelar model majalah Playboy tahun 1959 itu ditemui mati di kediaman yang didudukinya sejak bertahun-tahun lalu.
Seorang jiran Yvette, Susan Savage yang memberitahu akhbar Los Angeles Times berkata, dia mula berasa ragu-ragu selepas mendapati himpunan surat di peti surat mula berwarna kuning dan sarang labah-labah berada di pintu utama rumah pelakon tersebut.
Susan kemudian meninjau ke rumah Yvette dan terkejut apabila melihat mayat wanita itu berdekatan alat pemanas air dengan tingkap rumah yang rosak.
Menurut laporan pegawai penyiasat Los Angeles, pihak polis masih menyiasat punca sebenar kematian Yvette. Namun ia bukan diklasifikasi sebagai kematian yang mencurigakan.
Selepas popularitinya menurun dalam dunia lakonan, Yvette bekerja sebagai ejen hartanah untuk menyara hidup. - Agensi, kosmo

No comments:

Post a Comment