Friday, May 20, 2011

Militan Filipina minta wang tebusan untuk warga Malaysia

ZAMBOANGA: Gerakan militan, Abu Sayyaf, yang menculik rakyat Malaysia, Mohammad Nazaruddin Saidin, meminta wang tebusan berjumlah 186,000 peso (kira-kira RM13,000) daripada pegawai konsulat Malaysia.

Ketua Polis Daerah, Khu Felicisimo, berkata permintaan itu diminta menerusi pihak polis di selatan Filipina.
'Kumpulan militan itu dilihat bersama warga Malaysia berkenaan ketika di satu kawasan perkampungan,' katanya.

Mohammad Nazaruddin, 38, diculik pada 7 Mei lalu oleh 10 lelaki bersenjata berdekatan pulau Jolo Indanan. - AFP"

No comments:

Post a Comment