Friday, May 20, 2011

Tentera laut Mesir halang kapal

EL-ARISH (Mesir): Sebuah kapal Tentera Laut Mesir yang lengkap bersenjata telah mengarahkan kapal kargo MV Finch, yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza, meninggalkan kawasan menunggu di Pelabuhan El-Arish.
Sebelum itu, kapal tentera laut itu telah mengelilingi kapal bantuan kemanusiaan tersebut, yang telah tiga hari berada di kawasan menunggu di perairan tersebut untuk isyarat untuk berlabuh.

"Mereka menghalang kapal ini memasuki pelabuhan," kata wartawan Bernama Mohd Faizal Hassan, seorang dari 12 penumpang dan krew MV Finch itu, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama hari ini.

Menurut Mohd Faizal, MV Finch pada masa kini telah diarah keluar dari kawasan menunggu itu sejauh kira-kira tiga batu nautikal.

Mohd Faizal turut melaporkan bahawa bekalan makanan dan air bersih di dalam kapal itu semakin kehabisan.

No comments:

Post a Comment