Sunday, May 8, 2011

Washington tuntut Islamabad dedahkan identiti perisik


WASHINGTON: Kerajaan pimpinan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menuntut supaya identiti beberapa ketua pegawai perisikan Pakistan didedahkan bagi memastikan sama ada mereka mempunyai hubungan dengan Osama bin Laden, lapor akhbar The New York Times, semalam.
Memetik kenyataan pegawai kerajaan AS, akhbar itu melaporkan pegawai AS meluahkan kekecewaan terhadap tentera Pakistan kerana enggan menyalurkan maklumat mengenai anggota agensi perisikan negara itu yang dipercayai mempunyai perkaitan dengan Osama.

Secara khusus pegawai AS menuntut maklumat mengenai agensi Khidmat Dalaman Perisikan (ISI) yang bekerjasama dengan militan sejak kehadiran askar Soviet di Afghanistan. “Sukar untuk percaya jika Kayani dan Pasha tidak tahu Osama berada di situ,” kata pegawai kanan kerajaan merujuk kepada Ketua Turus Tentera Pakistan, Jeneral Ashfaq Parvez Kayani dan Ketua Pengarah ISI, Leftenan Jeneral Ahmad Shuja Pasha.-mymetro

No comments:

Post a Comment