Saturday, July 23, 2011

Filipina tawar diskaun pelancong OKU


JURURAWAT membawa sekumpulan   pelancong OKU melalui  sebuah jambatan  di Manila.
JURURAWAT membawa sekumpulan pelancong OKU melalui sebuah jambatan di Manila.


MANILA: Filipina semalam berkata, ia bercadang menarik pelancong cacat dengan menawarkan diskaun membabitkan tambang, hotel dan penginapan bagi segmen pasaran yang tidak banyak dieksploitasi itu.

Kerajaan menggesa perniagaan pelancongan memberikan diskaun 20 peratus kepada pelancong cacat asing, sama seperti yang diberikan kepada rakyat Filipina cacat di bawah undang-undang, kata Setiausaha Pelancongan, Alberto Lim.
Ia membabitkan penginapan, kemasukan ke pusat hiburan, perkhidmatan perubatan dan pengangkutan bagi orang kurang upaya (OKU), katanya dalam satu kenyataan.
“Aliran ini bukan untuk mendapatkan perkhidmatan berasingan bagi OKU tetapi untuk integrasi penuh dalam industri hospitaliti kita,” kata Lim.

“Ini termasuk membuatkan produk kita sesuai bagi orang yang mempunyai keperluan tertentu supaya mereka boleh menikmati pelancongan sama dengan orang lain.”

Presiden Benigno Aquino meletakkan pelancongan sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi.

Bagaimanapun Filipina jauh ketinggalan daripada negara jiran Asia walaupun kedatangan pelancong melonjak sebanyak 16.68 peratus membabitkan keseluruhan pengunjung yang tinggi iaitu 3.52 juta orang tahun lalu.
Lim berkata, kurangnya kemudahan pengangkutan dan tidak banyak bilik hotel selain reputasi yang teruk dan masalah keselamatan yang terpencil menjadi penghalang utama. – AFP Berita Harian Online | Filipina tawar diskaun pelancong OKU

No comments:

Post a Comment