Saturday, July 23, 2011

Mayat lelaki Singapura ditemui

KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki rakyat Singapura ditemui dalam bilik sebuah stor kilang perabot di Jalan Bukit Belacan Lembah Jaya dekat Ampang hari ini.

Ketua Polis Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, mayat Khairil Anwar Abd Karim, 48, yang bekerja sebagai jurulektrik itu ditemui pada pukul 12.30 tengah hari setelah orang awam yang melalui kawasan itu terhidu bau busuk.

"Mangsa di temui dalam keadaan terbaring di atas katil dan mayatnya sudah berwarna hitam, berbau serta bengkak. Berdasarkan keadaan mayat lelaki itu dipercayai mati sejak tiga hari lepas.

"Pemeriksaan di tempat kejadian didapati tiada kesan pecah pada pintu masuk hadapan, manakala pintu bilik di kunci dari dalam dan tiada kesan geledah di dalam bilik itu,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata mangsa telah mendiami bilik itu sejak lima bulan lepas yang mana pemilik kilang perabot itu adalah dipercayai rakannya.

Beliau berkata mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat dan siasatan lanjut sedang dijalankan namun setakat ini polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut. - Bernama

Kosmo! Online - Terkini

No comments:

Post a Comment