Sunday, July 24, 2011

Kedegilan Israel paksa Palestin ke PBB

ISTANBUL 23 Julai - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas hari ini menyatakan Palestin terpaksa mendapatkan sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) untuk pembentukan sebuah negara baru berikutan keengganan Israel menghentikan pembinaan penempatan haram dan penjajahan.

"Ia bukan satu tindakan sebelah pihak. Kami terpaksa. Apa yang bersifat sebelah pihak adalah pembinaan penempatan haram Israel,'' katanya ketika berucap dalam pertemuan dengan diplomat Palestin dari seluruh dunia di sini.

Palestin akan mendapatkan sokongan PBB berhubung pembentukan sebuah negara baru pada Perhimpunan Agung PBB September ini.

Abbas berkata, rundingan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tidak dapat diteruskan berikutan keengganan beliau mengenai perkara asas iaitu pembentukan sempadan 1967 dan menghentikan pembinaan penempatan haram.

"Pilihan pertama, kedua dan ketiga adalah untuk pulang ke meja rundingan,'' katanya.

Beliau menambah, keputusan untuk mendapatkan sokongan PBB telah mendapat persetujuan banyak pihak termasuk pergerakan Fatah dan Hamas. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

No comments:

Post a Comment