Sunday, July 24, 2011

Makmal mini dadah diserbu

IPOH: Polis berjaya menumpaskan sindiket memproses dadah apabila sebuah rumah teres setingkat dipercayai dijadikan makmal mini diserbu di Lengkok Hillview, Gunung Rapat, di sini, pagi semalam.

Serbuan jam 5 pagi itu membabitkan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak hasil maklumat awam.


Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan ketika dihubungi semalam berkata, dalam serbuan itu empat suspek iaitu tiga lelaki dan seorang wanita ditahan ketika leka memproses dadah di rumah berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya masih belum memperoleh berat sebenar dadah yang dirampas.


“Kami mengesyaki ia dadah jenis syabu dan heroin. Selain itu, kami merampas beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk memproses dadah.


“Polis turut menyita dua kereta dipercayai milik suspek yang diletakkan di depan rumah berkenaan,” katanya.

Katanya, pihaknya turut memanggil Unit Forensik bagi membuat pemantauan cap jari dan asid deoksiribonukleik (DNA).

Beliau berkata, mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 40 tahun dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) serta direman hari ini untuk membantu siasatan.

Katanya, sabit kesalahan mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang boleh membawa hukuman mati mandatori.

myMetroMakmal mini dadah diserbu

No comments:

Post a Comment