Tuesday, July 5, 2011

Pinda tuduhan berkhalwat



  JASMI   diiring isteri dan  Yusmawati   (kanan) ketika hadir  di Mahkamah Rendah Syariah Kubang Pasu,  semalam.
JASMI diiring isteri dan Yusmawati (kanan) ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Kubang Pasu, semalam.

Perkataan berkurung dikekal

JITRA: Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam, meminda tuduhan khalwat dihadapi bekas Ketua Puteri UMNO Jerlun, Yusmawati Yaacob, 31, dan bekas Setiausaha UMNO Bahagian Jerlun, Jasmi Muhd Ismail, 47, dengan menggugurkan perkataan bersekedudukan, bersekediaman dan bersembunyi, sebaliknya mengekalkan perkataan berkurung.
Hakim Syarie, Syeikh Kamaruslan Mustapha membenarkan pindaan terhadap pertuduhan asal itu selepas pihak pendakwaan bersetuju untuk menggugurkan tiga fakta dalam pertuduhan asal dengan mengekalkan perkataan berkurung bagi mengelak kekeliruan seperti didakwa peguam bela.
Bagaimanapun, Yusmawati yang memakai baju kurung dan tudung berbunga biru dan Jasmi berkemeja kuning mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwa Syariah Jabatan Agama Islam Kedah, Farah Hasan manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Shukri Zakaria.

Kamaruslan kemudian menetapkan 14 Ogos ini bagi perbicaraan kes untuk memberi masa kepada pendakwaan mengeluarkan sapina bagi memanggil saksi kes.

Yusmawati didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 9 (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 dan Jasmi didakwa mengikut Seksyen 9 (1) enakmen sama kerana berkhalwat.
Mengikut Pertuduhan Yusmawati Yaacob, 31, didakwa berkurung bersama Jasmi di rumahnya di Lot 807 Jalan Liana 5, Taman Tunku Sarina di sini, jam 1.20 pagi pada 11 Mei lalu. Berita Harian Online | Pinda tuduhan berkhalwat

No comments:

Post a Comment