Wednesday, August 10, 2011

Lelaki Myanmar mangsa culik ditemui mati

GEORGE TOWN: Lelaki Myanmar yang dilaporkan hilang dipercayai diculik sejak dua hari lalu, ditemui mati di kawasan berbukit, Bukit Tengah, Seberang Perai awal pagi tadi. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu yang ditemui dengan kesan kelar di leher kira-kira jam 3 pagi, adalah susulan penangkapan tiga suspek semalam. Mangsa yang bekerja sebagai juruteknik elektrik dilaporkan hilang selepas keluar rumah untuk urusan kerja pada Isnin selepas menerima panggilan telefon kira-kira jam 2 pagi.
"Isteri mangsa sudah membuat laporan polis apabila suaminya tidak pulang ke rumah susulan panggilan telefon daripada penculik meminta wang tebusan RM30,000 yang kemudian dikurangkan kepada RM10,000," katanya kepada pemberita, di sini. Hasil maklumat awam, polis menahan tiga suspek yang membawa kepada penemuan mayat mangsa, selain lapan lagi lelaki warga Myanmar dan rakyat tempatan di sekitar Bukit Mertajam dan George Town bagi membantu siasatan, katanya. Ayob berkata kejadian dipercayai bermotifkan dendam dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA -bharian

No comments:

Post a Comment