Friday, August 5, 2011

Vietnam beli kapal selam


HANOI: Vietnam bakal mempunyai armada kapal selam dalam tempoh enam tahun, kata Menteri Pertahanan, Phung Quang Thanh mengesahkan laporan, berikutan tindakan China meningkatkan kemampuan tentera lautnya hingga menimbulkan kebimbangan negara serantau.
Media Russia melaporkan pada Disember 2009 Vietnam bersetuju membeli enam kaapal selam elektrik-diesel dengan harga AS$2 billion (RM6 bilion) tetapi Hanoi tidak mengulas mengenainya.

“Dalam tempoh lima hingga enam tahun lagi, kita akan mempunyai briged kapal selam enam Kilo 636 Class,” kata Thanh seperti mana dipetik dalam kenyataan akhbar kerajaan, Tuoi Tre, semalam.

Beliau berkata, kapal selam itu tentunya bukan bertujuan untuk memberi ancaman kepada negara serantau.

Membeli kapal selam, peluru berpandu, jet pejuang dan peralatan lain hanya untuk pertahanan,” katanya tanpa memperincikan bagaimana Vietnam akan membayar pelaburan peralatan ketenteraan itu. “Ia bergantung kepada kemampuan ekonomi kita. Vietnam belum mengeluarkan senjata moden dan peralatan ketenteraan yang mahal untuk diimport,” tambahnya. Pakar ekonomi berkata, ekonomi negara itu masih gawat dengan kadar inflasi yang tinggi, defisit perdagangan dan belanjawan yang besar, perbelanjaan negara yang tidak seimbang dan masalah lain. Ketika berita mengenai perjanjian pembelian senjata dengan Russia itu didedahkan buat kali pertama, penganalisis politik berkata, tindakan itu bertujuan untuk meningkatkan tuntutan Hanoi ke atas Laut China Selatan di mana isu perebutan wilayah dengan Beijing meningkat kebelakangan ini. - AFPhmetro

No comments:

Post a Comment