3 menteri tonton filem lucah

BANGALORE - Tiga orang menteri di selatan India mengambil tindakan meletak jawatan, semalam, selepas didakwa menonton filem lucah semasa perhimpunan dewan rakyat.

Ketiga-tiga menteri daripada parti pemerintah Bharatiya Janata itu dirakam stesen televisyen tempatan sedang menonton filem lucah di telefon bimbit masing-masing, kelmarin, semasa menteri lain sedang membincangkan rang undang-undang.

Namun, dakwaan itu ditolak seorang daripada mereka yang mendakwa sedang menonton klip video di sebuah parti untuk tujuan perbincangan dan bukannya filem lucah.

“Kami meletak jawatan kerana tidak mahu memalukan parti dan tidak mahu memberi peluang kepada pembangkang untuk menganggu perjalanan perhimpunan dewan rakyat,” menurut Menteri Koperasi, Laxman Savadi kepada pemberita.