Monday, February 20, 2012

Bekas suami Whitney Houston kena halau

Bobby tinggalkan majlis, dakwa tak dibenar temui anak

NEW YORK: Penyanyi Bobby Brown meninggalkan upacara pengebumian bekas isterinya, Whitney Houston lebih awal selepas mendakwa pengawal keselamatan beberapa kali meminta beliau berbuat demikian dan menghalang beliau daripada bertemu dengan anak perempuannya bersama Houston.
Brown dalam satu kenyataan berkata bahawa sebaik saja tiba di majlis itu beliau didekati pengawal keselamatan sebanyak tiga kali yang enggan membenarkan beliau bertemu anak perempuannya hasil perkahwinan dengan Houston, Bobbi Kristina Brown, 18.
Brown dan Houston bercerai pada 2007 selepas perkahwinan penuh pergolakan mereka selama 15 tahun seperti yang dipaparkan dalam sebuah rancangan realiti televisyen, Being Bobby Brown yang menunjukkan hubungan mereka penuh kasih sayang tetapi bermasalah.

“Saya gagal untuk memahami mengapa pengawal keselamatan mengancam keluarga saya begini dan terus meminta kami dan bukan orang lain untuk meninggalkan majlis ini,” katanya.

Brown berkata, bahawa Houston yang mati ketika berusia 48 tahun dalam satu kejadian belum terjawab seminggu lalu di sebuah bilik hotel di Beverly Hills pastinya mahukan kehadiran beliau.

“Ini adalah hari untuk menghormati Whitney. Saya tidak rasa Whitney mahu melihat perkara ini berlaku. Saya akan terus memberi penghormatan kepada bekas isteri saya dengan cara terbaik yang saya ketahui,” katanya.
Sementara itu, Brown dalam satu kenyataan yang dipetik E! News mendakwa bahawa beliau bersama anak lelakinya, Landon Brown menerima undangan untuk menghadiri upacara pengebumian bekas isterinya itu tetapi hanya berada di situ selama 20 minit selepas diarahkan pengawal keselamatan beberapa kali untuk keluar.

Pembantunya, Jeff Allen memberitahu E! News penyanyi itu terpaksa meninggalkan majlis lebih awal untuk ke konsertnya yang dijadualkan pada jam 8 malam.

“Saya berada pada upacara pengebumian Whitney dan bercakap dengan Bobby Brown cuba untuk menenangkan beliau dan tidak mengalihkan perhatian majlis pengebumian itu. – Reuters/Agensi

Berita Harian Online | Bekas suami Whitney Houston kena halau:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment