Thursday, May 17, 2012

DBKL, polis awasi rumah Ambiga

DBKL, polis awasi rumah Ambiga - Nasional - Sinar Harian:


ambiga
Anggota polis unit kereta peronda melakukan rondaan di hadapan kediaman Pengerusi BERSIH Datuk S. Ambiga ketika tinjauan Foto Bernama di sini, hari ini. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Polis dan anggota penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini membuat rondaan di kawasan kediaman Datuk S. Ambiga di Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara di sini.


Tinjauan Bernama mendapati dua buah van DBKL dengan 10 anggota penguatkuasa itu  berada di situ petang tadi, di samping kereta peronda polis yang kelihatan mengawasi kawasan tersebut.


Menurut sumber DBKL, mereka berada di situ hari ini kerana menerima laporan ada kumpulan tertentu mahu mengadakan pasar malam di kawasan tersebut, yang mana menyalahi peraturan disebabkan tiada permit.


Bagaimanapun setakat pukul 7 malam ini, tiada peniaga atau kumpulan tertentu berada di lokasi tersebut.


Ambiga merupakan Pengerusi Bersama 2.0, yang merupakan penganjur perhimpunan Duduk Bantar Bersih 3.0 di ibu negara 28 April lepas membuat laporan polis pada 10 Mei lalu setelah sekumpulan peniaga berhimpun dan membuka gerai burger di hadapan rumahnya sebagai tanda marah akibat kerugian susulan perhimpunan tesebut.


Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abd Bari Wan Abd Khalid berkata, kawalan polis di hadapan rumah Ambiga merupakan kawalan biasa bagi mencegah jenayah di kawasan perumahan itu.


"Bukan saja hal Ambiga, tapi hal biasa pun kita akan ronda," katanya ketika dihubungi Bernama.


Wan Bari ketika ditanya sama ada polis akan menahan individu yang mengganggu ketenteraman Ambiga, berkata: "Ia bergantung pada peruntukan undang-undang. Belum berlaku...kalau ada nanti, kita akan tengok peruntukan undang-undang."


'via Blog this'

No comments:

Post a Comment