Thursday, May 17, 2012

Majlis Peguam kena saman

myMetro | Majlis Peguam kena saman:


KUALA LUMPUR: Seorang peguam mengemukakan saman terhadap Majlis Peguam dan tiga pihak lagi dengan memohon perisytiharan mesyuarat agung luar biasa (EGM) Badan Peguam Malaysia yang meluluskan 12 resolusi berhubung perhimpunan Bersih 3.0 adalah batal dan tidak sah.


Mohd Khairul Azam Abdul Aziz memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutannya di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur (KMKL), Jalan Duta di sini, semalam.



Dia menamakan Majlis Peguam, Badan Peguam, Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee dan Setiausahanya, Tony Woon Yeow Thong sebagai defendan pertama hingga keempat. Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Khairul Azam berkata, defendan keempat (Woon) mengeluarkan notis EGM Badan Peguam bertarikh 4 Mei lalu tanpa ada permintaan bertulis untuk mengadakan EGM itu yang ditandatangani sekurang-kurangnya 150 ahli badan berkenaan.


'via Blog this'

No comments:

Post a Comment